Edgar Degas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
k Link FA & GA kini dikendalikan oleh Wikidata
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Edgar Germain Hilaire Degas 061.jpg|thumb|upright|Potret diri]]
[[Fail:Edgar Germain Hilaire Degas 021.jpg|thumb|upright|''La Classe de Danse'' ("Kelas tarian"), 1873–1876, minyak pada kanvas, oleh Edgar Degas]]
'''Edgar Degas''' (lahir '''Hilaire-Germain-Edgar De Gas''', [[19 Julai]] [[1834]] - [[27 September]] [[1917]]) merupakan seorang [[pelukis]] dan [[arca|pengarca]] dari [[Perancis]]. Beliau dianggap sebagai seorang daripada pengasas [[ImpressionismeImpresionisme]] kendatipun beliau menolak perkataan itu, dan lebih gemar digelar seorang [[Realis]].<ref name="Gordon31">Gordon and Forge 1988, p. 31</ref> Seorang pelukis yang hebat, beliau dikaitkan dengan tarian khususnya, dan lebih daripada separuh kerjanya menampilkan para penari. Karya-karya ini mengetengahkan penguasaannya terhadap penggambaran pergerakan, sama seperti karyanya berkaitan balapan lumba kuda dan lukisan wanita bogel. Lukisan-lukisan potretnya dikenali kerana penggambaran pemencilan manusia dan psikologi yang kompleks.<ref>Brown 1994, p. 11</ref>
 
Pada awal kerjayanya, Degas berniat menjadi seorang pelukis sejarah, menceburi bidang yang sesuai dengan latihan akademik dan pengajian mendalam terhadap seni klasik yang telah beliau harungi. Beliau menukar haluan semasa berumur 30-an dan, dengan membawa kaedah-kaedah tradisional pelukis sejarah kepada kepada subjek sezaman, beliau menjadi pelukis klasik kehidupan moden.<ref>Turner 2000, p. 139</ref>
Baris 7:
 
== Gaya seni ==
 
Degas sering dikaitkan dengan [[Impresionisme]], satu pemerian yang difahami akan tetapi tidak mencukupi. Impresionisme diasaskan dalam tahun 1860 dan 1870-an dan berkembang dengan bantuan [[realisme]] pelukis seperti Gustave Courbet dan Jean-Baptiste-Camille Corot. Para pelukis Impresionis melukis kenyataan dunia dengan menggunakan warna cerah, dan "berkilau", dan menumpukan perhatian terhadap kesan cahaya dengan harapan memberi lukisan mereka perasaan kedekatan.
 
Baris 14 ⟶ 13:
[[File:Edgar_Degas_-_In_a_Café_-_Google_Art_Project_2.jpg|thumb|left|''L'Absinthe'' ("Absinte"), 1876, minyak dan kanvas, Edgar Degas]]
 
Gaya Degas mencerminkan rasa hormatnya yang mendalam terhadap pelukis agung (beliau merupakan seorang penyalin yang amat bersunguh-sungguh sehinggalah zaman pertengahan usianya)<ref>Baumann, et al. 1994, p. 151</ref> dan mengagumi [[Jean Auguste Dominique Ingres|Ingres]] dan [[EugeneEugène Delacroix|Delacroix]]. Beliau seorang pengumpul [[Ukiyo-e|cetakan Jepun]], dan karyanya dipengaruhi oleh prinsip-prinsip bentuk seni cetakan-cetakan tersebut. Walaupun beliau terkenal kerana lukisan kuda dan penari, Degas bermula dengan lukisan sejarah biasa seperti lukisan ''The Young Spartans'' ("orang Sparta muda"), yang pada masa itu sudah menampakkan perkembangannya ke arah pengolahan bentuk tubuh yang kurang [[idealis]].
 
Dalam zaman kerjaya awalnya, Degas juga melukis potret individu dan kumpulan; contoh ialah lukisan ''The Bellelli Family'' ("Keluarga Bellelli") (c.1858–67), sebuah potret makcik, pakcik dan sepupunya yang digambarkan secara hebat dan memilukan. Di dalam lukisan ini, seperti juga ''The Young Spartans'' dan banyak lagi karya terkemudianya, Degas tertarik dengan ketegangan antara wanita dan lelaki. Lukisan-lukisan awalnya memberi petunjuk kepada karya matangnya yang melibatkan pemangkasan kekok subjek dan sudut pandangan luar biasa.
 
 
 
{{clear}}