Putera Bertopeng: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 29:
 
==Ringkasan==
Filem ini berlatarbelakangkanberlatar belakang di kota Baghdad, Iraq dimana seorang anak raja bernama Tengku Ali Shamsuddin ([[Ahmad Mahmud]]) dan Wan Dalila ([[Latifah Omar]]), anak kepada Gabenor Husin ([[Daeng Idris]]) adalah sepasang kekasih yang saling mencintai sejak kecil. Ketika itu berlaku rampasan kuasa di mana adinda kepada Sultan Shamsuddin ([[S. Shamsuddin]]) iaitu Raja Kamaruddin ([[Haji Mahadi]]) dan pengikutnya merampas takhta dari baginda dan dipenjarakan seumur hidup manakala Putera Ali telah berjaya melarikan diri dari dibunuh oleh bapa saudaranya. Semasa di dalam perjalanan, mereka telah diekori oleh Mukhtar ([[A. Rahim]]) dan kuncu-kuncunya. Mereka bergelut sehingga menyebabkan Tengku Ali tercedera dan terjatuh ke dalam gaung. Pada mulanya Sultan Kamaruddin agak risau dengan dengan kehebatan Tengku Ali yang akan membalas dendam di atas rampasan kuasa tersebut. Mukhtar melaporkan kepada Siddiq ([[S. Kadarisman]] dan Kamaruddin dengan mengatakan Tengku Ali telah berjaya dibunuhnya. Dengan kejayaan itu, Mukhtar dilantik sebagai Panglima perang yang baharu menggantikan Siddiq. Manakala Siddiq pula dinaikkan pangkat menjadi Penasihat Sultan (Datuk Wazir yang baharu).
 
Pada hari pengishtiharan Sultan Kamaruddin, baginda telah memenjarakan Datuk Wazir (lakonan [[M. Babjan]]) kerana tidak sehaluan dengan titahnya. Sultan Kamaruddin telah meminda perlembagaan negara dimana kesemua duit di dalam baitul mal akan digunakan untuk kegunaan rasmi kerajaan dan pegawai kerajaan. Manakala sistem cukai daripada rakyat diperkenalkan bagi menjana semula pendapatan kasar negara. Baginda juga menitahkan kepada rakyat jelata yang tidak sehaluan dengan titahnya akan dihukum bunuh. Siddiq telah berjumpa dengan Gabenor dan memberitahu bahawa Baginda Sultan akan berkahwin dengan Wan Dalilah. Bapanya mulai risau dan tidak mahu anaknya menjadi isteri kepada Sultan Kamaruddin. Pada malamnya, Tengku Ali telah menjelmakan dirinya dengan wajah yang bertopeng. Tengku Ali mengarahkan agar Wan Dalilah tidak melarikan diri dari Baghdad. Selepas itu, beliau bertemu pula dengan Gabenor dan memberitahu bahawa dialah pemimpin pasukan pemberontak yang bertopeng yang sering mengganggu pentadbiran yang zalim. Beliau mengarahkan agar Gabenor merekrut seberapa ramai yang mungkin untuk menyertai kumpulannya, membekalkan harta dan senjata serta membiayai perjalanan kumpulan tersebut.