Perbincangan pengguna:Anumengelamun/Panduan Bahasa Melayu Sejagat Wikipedia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asraf14 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '* istilah bahasa Arab, Sanskrit dan Portugis digalakkan jika ada. Contoh: reality ≠ "realit[i/as]", = "hakikat" (umum), "alam nyata" (fizik) dsb.; "activi...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 13:09, 26 Disember 2018

  • istilah bahasa Arab, Sanskrit dan Portugis digalakkan jika ada. Contoh:

reality ≠ "realit[i/as]", = "hakikat" (umum), "alam nyata" (fizik) dsb.; "activity" ≠ "aktivit[i/as]", = "kegiatan" dsb. Jawapan: Saya sangat bersetuju dengan penyataan ini. Mutakhir ini, banyak perkataan dan istilah bahasa Melayu diceduk secara langsung daripada perkataan bahasa Inggeris dan berbaur seperti bahasa kebangsaan Indonesia. Lagaknya seperti badan yang bertanggungjawab menjaga mutu bahasa Melayu ini tidak mengambil berat akan kepincangan dan pencemaran bahasa ini sehingga di media arus perdana pun semacam menggalakkan kerosakan ini.

  • pinjaman bahasa Inggeris akan cenderung digunakan untuk capaian pembaca dunia yang lebih banyak - penutur Inggeris dunia jauh melebihi penutur Belanda dan Latin

Soalan: Apakah maksud tuan dengan penyataan ini? Sebagai langkah usaha saya sendiri yang dilakukan secara semborono (suka-suka) di luar alam maya ini, saya cuba untuk mencipta istilah sendiri berdasarkan bahasa selain bahasa Inggeris kerana ingin mengurangkan kebergantungan cedukan istilah bahasa Inggeris yang sangat sama dalam bahasa Melayu Indonesia dan amat mengelirukan mesin carian yang lebih tertumpu kepada bahasa kebangsaan Indonesia apabila digunakan oleh sekalian warga Internet.

Kembali ke laman pengguna "Anumengelamun/Panduan Bahasa Melayu Sejagat Wikipedia".