Nasi Lemak Kopi O: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 56:
''Nasi Lemak Kopi O'' mula ditayangkan secara langsung bermula Jumaat 4 April 2008, telah berjaya mendapat tempat dalam hati ramai peminatnya dengan topik-topik yang berkesan dan pendekatan berbeza. Mampat dengan isu hangat diperkatakan pada masa kini, penonton sekeluarga memberi sepenuh perhatian kepada [[Aziz Desa]], Sharifah Shahirah, [[Farah Diana Anuar]], Farah Adeeba Mohd Ashraf, Sharifah Nur Syed Ali dan Abu Talib Husin yang begitu handal mengendalikan rancangan ini.<ref>[https://www.hmetro.com.my/node/46902 NLKO semakin menarik] ''[[Harian Metro]]'' (28 April 2015). Diperoleh pada 3 Disember 2015.</ref>
 
Sempena tahun baru ini, Nasi Lemak Kopi O juga tidak ketinggalan untuk meningkatkan mutunya dari segala segi untuk kepuasan penonton TV9. Selain memperkenalkan dua pengacara baru iaitu Fatin (Gadis Melayu 3) dan [[Muhammad AzmrAzmir Selamat|AG]], NLKO yang bersiaran pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad selama dua jam mulai 8 pagi ini akan menampilkan segmen-segmen baru yang lebih segar dan informatif.
 
Mulai 28 Januari 2011, setiap hari siaran mempunyai kekuatan segmennya tersendiri iaitu kesihatan fizikal dan spiritual pada hari Jumaat menerusi ‘Penyakit Orang Kampung’ dan 'Syifa’; ‘Cuba Je’ dan ‘Nostalgia Nostalgia’ pada hari Sabtu dan keprihatinan serta kasih sayang pada hari Ahad menerusi ‘Hentikan Tangisan’. NLKO diterajui oleh Wan Sabariah Shikh Ali sebagai Penerbit Eksekutif bersama tiga penerbit berpengalaman, Kamaruzz’ain Abdul Kadir, Nur Irjuana Mohd Ishar dan Tuan Norazimah Tuan Mohamad.