Tuanku Muhriz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 33:
 
== Kerabat ==
Pada tahun 1973, Tuanku Muhriz kemudiannya mengahwini [[Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud|Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud]] dari [[Terengganu]] dan memperoleh tiga orang putera, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Muhriz, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, dan [[Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin]].
 
== Tunku Besar Seri Menanti ==
Dilantik sebagai Tunku Besar pada 1960, Tunku Muhriz dipilih oleh Majlis [[Undang]] berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Perlembagaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa penggantian takhta adalah mengikut anakanda lelaki, cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak kepada adinda lelaki kepada pemerintah itu. Tunku Muhriz merupakan waris pertama selepas kemangkatan Tuanku Munawir, lalu diikuti oleh [[Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tunku Ja'afar]] dan [[Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tunku Abdullah]]. Walau bagaimanapun, baginda tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika itu tetapi ayahanda saudaranya, [[Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tuanku Jaafar]] yang untuk satu penggal iaitu 5 tahun ketika itu seorang diplomat, telah dilantik sebagai [[Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan|Yang di-Pertuan Besar]] yang ke-10. Pemilihan ini secara tidak langsung dicadangkan sendiri oleh [[Perdana Menteri]] [[Malaysia]] ketika itu, [[Tunku Abdul Rahman]], yang meminta supaya Tuanku Muhriz tidak dipilih kerana masih terlalu muda iaitu ketika itu berusia lapan belas tahun.
 
== Yang di-Pertuan Besar ==
Baris 42:
Tuanku Muhriz akhirnya dimasyhurkan sebagai [[Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]] pada [[29 Disember]] [[2008]] di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, [[Kuala Pilah]], [[Negeri Sembilan]]. Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak mengikut [[Adat Perpatih]] yang dibawa dari [[Pagar Ruyung]], [[Sumatera]], [[Indonesia]].
 
Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting [[Tunku Imran ibni Tuanku Ja’afar|Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar]] dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar. Tunku Naquiyuddin pernah menjadi pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Tunku Imran dan Tunku Nadzaruddin turut dipertimbangkan sebagai calon Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.
 
Turut hadir ialah kesemua putera Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja’afar; dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar ,Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani. Lain-lain ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri; kerabat diraja Negeri Sembilan; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin negeri.