Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 57:
Sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah [[Jabatan Perdana Menteri Malaysia|Jabatan Perdana Menteri]] (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan [[rasuah]] khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan Jenayah Khas yang diletakkan di bawah Jabatan [[Polis]]. Manakala pendakwaan kes-kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.<ref>{{cite web |url=http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/40137-ex-hong-kong-graft-buster-says-macc-on-the-right-track |title=Archived copy |accessdate=2009-12-20 |deadurl=yes |archiveurl=https://web.archive.org/web/20091216043734/http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/40137-ex-hong-kong-graft-buster-says-macc-on-the-right-track |archivedate=2009-12-16 |df= }}</ref>
 
Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara 1973 telah diluluskan oleh [[Parlimen]] dan dengan itu BPR bertukar nama kepada '''Biro Siasatan Negara''' atau BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah [[akta]].
 
Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu Badan Pencegah Rasuah atau BPR pada 13 Mei 1982 apabila [[Akta Badan Pencegah Rasuah 1982]] diluluskan oleh [[Parlimen]] dan dikuatkuasakan. “Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan [[rasuah]]”.