Wilayah Bamiyan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 46 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q171382
→‎Sejarah: Baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Baris 5:
 
== Sejarah ==
Pada zaman dahulu, Afghanistan Tengah terletak secara strategik dan berkembang pesat kerana pengaruh [[Laluan Sutera]]. Banyak kafilah melintasi daerah ini yang berdagang antara [[Empayar Rom]], [[China]] dan [[India]]. Bamiyan merupakan tempat istirehatistirahat bagi banyak pedagang dan pengembara. Di sinilah unsur-unsur seni [[Yunani]], [[Parsi]] dan [[Buddhisme]] berpadu menjadi suatu gaya klasik yang unik dan disebut [[Seni Buddhisme-Yunani]].
 
Di Bamiyan terletak tapak biara kuil Buddha. Banyak patung Buddha dipahat di tebing-tebing jurang menghadap kota Bamiyan. Dua patung utama ini, adalah patung Buddha yang berdiri dengan ketinggian 55 dan 37 meter, dan merupakan contoh-contoh terbesar patung Buddha yang dipahat di dunia. Kemungkinan besar patung-patung agama ini dibangundibangunkan pada [[abad ke-4]] dan [[abad ke-5]] Masihi. Dalam sejarah [[Islam]] kuno, [[Nabi Ibrahim]] memusnahkan semua patung yang terdapat di [[Makkah]] kecuali satu. Semasa [[Nabi Muhammad]] menguasai [[Kaabah|Baitullah]] di [[Makkah]], baginda juga memusnahkan semua [[patung]] [[berhala]] yang ada kerana telah mencemari tempat suci agama [[Islam]] itu. Selama beberapa tahun, patung-patung ini merupakan ''mercu tanda'' budaya dan disenaraikan oleh [[UNESCO]] dalam senarai [[Tapak Warisan Dunia]] UNESCO. Pada [[Mac]] [[2001]], rejim [[Taliban]] mengeluarkan [[fatwa]] agama bahawa patung-patung ini merupakan [[berhala]] dan memerintahkan untuk dihancurkan dengan senjata anti-udara dan bahan peledak lainnya.
 
== Politik ==