Jane Austen: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
k Link FA & GA kini dikendalikan oleh Wikidata
Tiada ringkasan suntingan
Baris 60:
''[[Northanger Abbey]]'', sebuah novel yang diterbit selepas kematian Austen, mempersendakan novel-novel Gothik, tetapi Austen lebih dikenali kerana karyanya yang mengambil bentuk komedi tingkah laku sosial yang pintar. Karya seperti ini, khususnya ''[[Emma]]'', biasa disebut kerana bentuknya yang sempurna. Pengkritik moden terus membongkar sudut pandangan baru mengenai ulasan Austen yang amat tajam terhadap kesusahan wanita Inggeris bangsawan yang bujang pada awal [[1800-an]]. [[Undang-undang harta pusaka|Undang-undang]] dan adat resam [[harta pusaka]] biasa memperuntukkan kebanyakan daripada harta pusaka kepada waris-waris lelaki.
 
Sewaktu penerbitannya, novel-novel Austen menerima sambutan yang agak baik. [[Walter Scott|Sir Walter Scott]] telah memuji hasil karyanya seperti berikut:
:''Wanita yang muda itu mempunyai bakat untuk memerikan pembabitan perasaan-perasaan serta watak-watak daripada penghidupan orang biasa yang bagi saya merupakan karya yang paling hebat.''