Polis EVO 2: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Lebih neutral dan ensiklopedik.
Baris 23:
|}}
 
'''''Polis EVO 2''''' ialah filem aksi kepolisan Malaysia 2018 arahan bersama Joel Soh dan Andre Chiew dan merupakan kesinambungan daripada filem ''[[Polis EVO]]'' yang ditayangkan pada 2015.<ref>[https://www.star2.com/entertainment/movies/movie-news/2017/06/29/zizan-razak-polis-evo-2/ Zizan Razak shapes up up for Polis Evo 2] ''Star2'' (29 June 2017). Retrieved on 1 July 2017.</ref> Barisan pelakon terdiri daripada [[Shaheizy Sam]], [[Zizan Razak]], [[Hairul Azreen]], [[Hasnul Rahmat]], [[Shafie Naswip]], [[Riz Amin]], [[Erra Fazira]] dan pelakon Indonesia, [[Raline Shah]], ia mengisahkan sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.
 
Penggambaran dijalankan dari Oktober 2017 dan berakhir pada Januari 2018, filem ini ditayangkan pada 22 November 2018 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem serta telah meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM 20 juta dalam tempoh 17 hari, menjadikannya sebagai salah satu dari [[Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan|filem tempatan dengan kutipan pecah penggung tertinggi di Malaysia]].<ref>Mya Amri (11 Disember 2018). [http://www.gempak.com/artikel/13800/hebat-boh-17-hari-tayangan-polis-evo-2-raih-kutipan-melebihi-rm20-juta Hebat Boh! 17 hari tayangan, Polis Evo 2 raih kutipan melebihi RM20 juta] [[Astro Gempak]]. Dicapai pada 13 Disember 2018.</ref><ref>R. Rohaizam (13 Oktober 2018). [https://www.malaymail.com/s/1682476/no-box-office-pressure-for-polis-evo-2 No box office pressure for Polis Evo 2] ''[[The Malay Mail]]''. Dicapai pada 13 Disember 2018.</ref> Pada Disember 2018, ''[[Harian Metro]]'' menyenaraikan ''Polis EVO 2'' sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2018/12/405799/filem-tempatan-pecah-panggung-2018|title=Filem tempatan pecah panggung 2018|author=Amirul Haswendy Ashari|date=24 Disember 2018|accessdate=24 Disember 2018|publisher=Harian Metro}}</ref>
 
== Plot ==
Tiga tahun selepas peristiwa dalam [[Polis EVO|filem pertama]], Inspektor Sani ([[Zizan Razak]]) dan Khai ([[Shaheizy Sam]]) kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari ([[Hasnul Rahmat]]) menyerang dan menawan pulau tersebut.
 
Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.