BoBoiBoy: The Movie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg: Suntingan sumber 2017
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 80:
== Produksi ==
Nizam Razak menyatakan bahawa filem ini menelan belanja sebanyak RM5 juta, dan beliau menggambarkan ianya sebagai 'bernilai tinggi'. Pembikinan filem ini mengambil masa dua tahun dengan seramai 70 orang pekerja. Filem ini mendapat sokongan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), and Pusat Kandungan Kreatif Animasi Malaysia (MAC3). Tempoh masa asal bagi filem ini adalah 160 minit, tetapi ia telah dipendekkan kepada 100 minit untuk menepati piawaian filem kanak-kanak.<ref>{{Cite web|url=http://extra.tonton.com.my/entertainment/8extra-boboiboy-the-movie/|title=#8Extra - Boboiboy - The Movie|publisher=TonTon Extra|publication-date=23 Februari 2016|archive-url=https://web.archive.org/web/20160801014102/http://extra.tonton.com.my/entertainment/8extra-boboiboy-the-movie/|archive-date=1 Ogos 2016|dead-url=yes|access-date=1 Mac 2016}}</ref>
 
Animonsta Studios mengumumkan projek penghasilan filem pada bulan Mei 2013. Mengikut perancangan asal, filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada akhir tahun 2014, tetapi telah ditunda kepada bulan Mac 2015 dan ditunda sekali lagi kepada bulan November 2015 menurut Majalah Komik BoBoiBoy. Kemudian ditunda sekali lagi kepada bulan Mac atau April 2016 menurut Facebook BoBoiBoy.<ref name=btmofficialwebsite>"[http://www.boboiboymovie.com/ BoBoiBoy: The Movie Official Website]" Retrieved on 2 March 2016.</ref>
 
Pada 21 Disember 2015, Animonsta Studios telah mengumumkan tarikh tayangan secara rasmi melalui Facebook BoBoiBoy, iaitu pada 3 Mac 2016. Pada 30 Disember 2015, Animonsta Studios telah mengumumkan pula tarikh tayangan di pawagam Indonesia iaitu pada 13 April 2016. Pada 18 Mac 2016, pihak Monsta telah mengumumkan tarikh tayangan di Singapura iaitu pada 18 Mac 2016.<ref name=bbtmhm>"[http://www.hmetro.com.my/node/111175/ Lebih hebat, beremosi di pawagam]" Harian Metro. 30 January 2016. Retrieved in 10 February 2016.</ref>
 
== Muzik ==