Bandar Raya New York: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Gildir (bincang | sumb.)
k →‎Sejarah: : "Old timer structural worker.jpg" > "Old timer structural worker2.jpg"
Baris 187:
Pada [[abad ke-19]], bandar raya ini dibentuk oleh pengaruh [[imigrasi|pendatang asing]], cadangan pembangunan berwawasan bergelar [[Rancangan Pesuruhjaya 1811]] yang mengembangkan grid jalan-jalan di kota melalui seluruh Manhattan dan pembukaan [[Terusan Erie]] pada tahun [[1819]] yang menghubungkan kota pelabuhan Atlantik ini kepada banyak pasaran pertanian di pedalaman [[Amerika Utara]]. Menjelang tahun [[1835]], Bandar raya New York mengatasi [[Philadelphia, Pennsylvania|Philadelphia]] sebagai bandaraya terbesar di AS. Politik tempatan jatuh di bawah tangan dominasi [[Tammany Hall]], satu [[jentera politik]] yang didukung oleh pendatang [[Ireland]]. Ahli-ahli golongan saudagar berkelas atasan yang berpemikiran awam mendesak untuk pendirian [[Central Park]], taman yang menjadi taman berlanskap pertama dalam sesebuah bandaraya Amerika pada tahun [[1857]].
[[Fail:Old timer structural workerworker2.jpg|thumb|kanan|230px|Pembinaan [[Empire State Building]], 1930.]]
 
Rasa marah terhadap penguatkuasaan kerahan tenaga rakyat ketenteraan ketika [[Perang Saudara Amerika]] (1861–1865) mengakibatkan tercetusnya [[Rusuhan Kerahan Tenaga New York]] pada tahun [[1863]], iaitu salah satu peristiwa pergolakan sivil yang paling buruk dalam sejarah AS. Pada tahun [[1898]] Bandar raya New York moden dibentuk dengan penggabungan [[Brooklyn]] (yang sebelum itu merupakan sebuah bandar raya berdikari), [[Manhattan]] dan perbandaran di kawasan-kawasan lain. Pembukaan [[New York City Subway]] pada tahun [[1904]] membantu untuk mengukuhkan bandaraya baru tersebut. Sepanjang separuh pertama abad ke-20, bandar raya ini menjadi pusat sedunia bagi perindustrian, perdagangan, dan perhubungan. Pada tahun [[1911]] insiden [[kebakaran Kilang Triangle Shirtwaist]], bencana perindustrian paling teruk pernah dialami kota ini, meragut nyawa 146 pekerja dan mencetuskan perkembangan penting dalam [[piawaian keselamatan]], [[kod bangunan]], dan peningkatan dalam jabatan [[bomba]] kota.