Tambo: Perbezaan antara semakan

5 bait ditambah ,  3 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(Mencipta laman baru dengan kandungan 'Perkataan '''Tambo''' berasal daripada bahasa Sanskrit, ''tambay'' yang bermaksud ''bermula''. Dalam masyarakat Minangkabau, tambo merupakan sebuah ...')
 
Tiada ringkasan suntingan
==Tambo Alam==
 
Dalam ''tambo alam fuck Minangkabau'', diriwayatkan kisah pelayaran putera-putera Raja Iskandar Zulkarnain tiga bersaudara<ref>Mansoer, M.D., (1970), ''Sedjarah Minangkabau'', Jakarta: Bhratara.</ref>, yang paling tua bernama Maharajo Alif, yang tengah Maharaja Dipang, dan yang bongsu bernama Maharaja Diraja. Dekat pulau Sailan terjatuh mahkota emas ke dalam laut. Kesemua ahli selam telah diperintahkan mencarinya. Akan tetapi usaha itu tidak berhasil kerana mahkota itu dibawa ular bidai ke dasar laut. Ceti Bilang Pandai menyeru tukang emas untuk membuat mahkota palsu. Tukang emas menggunakan cermin terus dan dapatlah beliau memnuat mahkota yang sama. Untuk menyimpan rahsia si Ceti membunuh tukang emas itu. Ketika Sri Majaraja Diraja terjaga, diambilnya mahkota itu dan dipakai.
 
Dua orang abang yang lain terbangun dan mendapati si bongsu memiliki mahkota. Maka bertengkarlah ketiga-tiga saudara itu. Akhirnya, mereka berpisah. Sri Maharaja Alif ke Barat menjadi raja di benua Ruhum. Sri Maharajo Dipang ke Timur memerintah negeri Cina dan Jepun. Dan Sri Maharajo Diraja terus balayar ke Selatan. Selain membawa permaisurinya, Maharaja Diraja juga membawa ''Harimau Campo'', ''Kucing Siam'', ''Kambing Hutan'' dan ''Anjing Mualim''.
Pengguna awanama