Sangkar (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 75:
Pelakon dan pengacara TV, [[Mira Filzah]] diberikan peranan sebagai Liya, adik kepada Johan lakonan Remy. ''Sangkar'' ialah filem kedua Mira dan gandingan sulung beliau bersama Remy sebelum mereka membintangi drama ''[[Pujaan Hati Kanda]]''. "Walau tidak terbabit dengan babak lasak, saya kena buat persediaan dari segi emosi kerana watak Liya ada cabaran tersendiri," kata Mira dalam temu ramah bersama ''[[Harian Metro]]''.<ref>Najiy Jefri (21 Julai 2019). [https://www.hmetro.com.my/utama/2019/07/477606/mira-ikuti-kelas-lakonan Mira ikuti kelas lakonan] ''[[Harian Metro]]''. Dicapai pada 20 Ogos 2019.</ref> Pelakon lain yang terlibat termasuk [[Fadlan Hazim]], [[Aman Graseka]], Carliff Carleell.
 
Kos pembikinan filem ini ialahsebanyak RM 2.8 juta. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, [[Petaling Jaya]] dan [[Banting, Selangor|Banting]], Selangor dari 7 Mei hingga 11 Jun 2018. Pejuang MMA tempatan Saiful Reza mereka koreografi aksi dan melatih para pelakon. Filem ini juga menyaksikan kemunculan beberapa atlet profesional MMA antarabangsa sebenar seperti bekas petarung UFC James 'Sledgehammer' Mcsweeney dan Davron Kuronboev, serta atlet MMA tempatan seperti Saiful Merican, Peter Davis, Jihin Radzuan, Rashid Salleh dan Andy Teh.<ref>Haider Yutim (16 Julai 2019). [http://www.astroawani.com/berita-hiburan/sangkar-filem-mma-pertama-malaysia-tampil-dengan-trailer-rasmi-212836 'Sangkar', filem MMA pertama Malaysia tampil dengan trailer rasmi] [[Astro Awani]]. Dicapai pada 20 Ogos 2019.</ref>
 
==Keluaran==