Ejaan yang Disempurnakan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memperbetulkan pelencongan berganda ke Ejaan yang Disempurnakan (bahasa Indonesia)
Tiada bahasa lain yang menggunakan ejaan ini maka pengelas berkurungan lewah; malah bahasa Indonesia termasuk dalam payung besar bahasa Melayu.
Teg: Membuang lencongan
Baris 1:
'''Ejaan yang Disempurnakan (EYD)''' ialah ejaan [[bahasa Indonesia]] yang digunakan secara rasmi sejak tahun [[1972]]. Ejaan ini menggantikan ejaan sebelumnya, iaitu [[Ejaan Republik]]. Ejaan ini pula digantikan dengan [[Ejaan Bahasa Indonesia]] sejak tahun [[2015]].
#LENCONG [[Ejaan yang Disempurnakan (bahasa Indonesia)]]
 
Pada [[23 Mei]] [[1972]], sebuah kenyataan bersama telah ditandatangani oleh [[Tun Hussien Onn|Hussein Onn]], [[Kementerian Pelajaran Malaysia|Menteri Pelajaran Malaysia]] ketika itu, dan [[Mashuri Saleh]], [[Menteri Pendidikan dan Kebudayaan]] [[Republik Indonesia]]. Kenyataan bersama itu mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah disetujui oleh para ahli dari kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Pada [[16 Ogos]] [[1972]], berdasarkan Keputusan Presiden No. 57 Tahun 1972, berlakulah sistem ejaan [[Abjad Rumi|Rumi]] (ejaan [[bahasa Latin|Latin]] dalam istilah bahasa Indonesia) bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Di Malaysia, ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai [[Ejaan Rumi Bersama]] (ERB).
 
Selanjutnya Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia menyebarluaskan buku panduan penggunaan yang berjudul "Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan". Kemudian pada [[12 Oktober]] [[1972]], Jawatankuasa Pengembangan Bahasa Indonesia, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, menerbitkan buku "Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan" dengan penjelasan kaedah penggunaan yang lebih luas. Melalui Surat Keputusan No. 0196/1975, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia kemudian mengesahkan kedua-dua "Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan" dan "Pedoman Umum Pembentukan Istilah".
 
==Perbezaan antara EYD dan Ejaan Republik==
Perbezaan-perbezaan antara EYD dan [[Ejaan Republik]] adalah seperti yang berikut:
* 'tj' menjadi 'c' : tjutji → cuci
* 'dj' menjadi 'j' : djarak → jarak
* 'j' menjadi 'y' : sajang → sayang
* 'nj' menjadi 'ny' : njamuk → nyamuk
* 'sj' menjadi 'sy' : sjarat → syarat
* 'ch' menjadi 'kh' : achir → akhir
 
Untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang penulisan [[tanda baca]], sila lihat [[Penulisan tanda baca sesuai EYD]]
 
==Lihat juga==
* [[Ejaan Rumi Bersama]] (ERB)
 
==Rujukan==
{{wikisource|id:Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan}}
* [http://polisieyd.blogsome.com/dari-ejaan-van-ophuijsen-hingga-eyd/ Dari Ejaan van Ophuijsen hingga EYD]
 
[[Kategori:Bahasa Indonesia]]
[[Kategori: Bahasa Melayu]]