Mahathir Mohamad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 166:
 
==Pendidikan==
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di ''Government English School'' (GES) (kini [[Kolej Sultan Abdul Hamid]]), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di era [[Penjajahan Jepun di Tanah Melayu|Pendudukan Jepun di Tanah Melayu]], beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga [[pisang goreng]]. Setelah tamat [[Perang Dunia Kedua|Perang Dunia II]], beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
 
Beliau seterusnya menuntut di [[Kolej Perubatan King Edward VII]], [[Universiti Malaya]], [[Singapura]], dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di [[Hospital Besar Pulau Pinang]].