Kandungan dihapus Kandungan ditambah
 
Baris 2:
 
Helo saudara Mightierrr, saya perhatikan yang anda menggunakan bahasa Inggeris (BI) dalam ringkasan suntingan anda di ms.wiki. Di sini saya nak beritahu anda, saya harap anda tidak terus menggunakan BI dalam ringkasan suntingan anda di sini kerana tindakan anda sebenarnya menghina bahasa kebangsaan Malaysia. Saya tidak mahu Bahasa Melayu (BM) jadi bahasa kedua Malaysia (dari apa yang saya tahu, tahap penggunaan BI di Malaysia sangat tinggi). Jika anda ingin menggunakan istilah BI, pergi ke Wikipedia bahasa Inggeris. Sila lihat [[Bahasa Inggeris Malaysia#Peranan Bahasa Inggeris Malaysia di Malaysia Merdeka]] untuk maklumat lanjut. Jika anda merasakan saya buat silap, tinggalkan pesanan anda di laman perbincangan saya.[[Pengguna:Fandi89|Fandi89]] ([[Perbincangan pengguna:Fandi89|bincang]]) 02:01, 29 Ogos 2019 (UTC)
 
:Terima kasih saudara Fandi89 atas teguran. Maaf bertanya, adakah penggunaan bahasa Inggeris dalam ringkasan melanggar mana-mana polisi? Secara jujurnya, saya tidak merasakan penggunaan BI dalam ringkasan satu penghinaan terhadap bahasa Melayu, kerana saya tidak langsung menggunakannya dalam rencana. Saya faham kebimbangan saudara kerana saya juga tidak suka bahasa Melayu diperkecilkan dalam era yang mana BI dikatakan "gah". Hal ini juga menyebabkan ramai anak Malaysia melupakan sama sekali tanggungjawab mereka untuk mendukung bahasa kebangsaan. Tetapi saya juga nak ingatkan bahawa ini Wikipedia bahasa Melayu, bukan Wikipedia Bahasa Malaysia. Mana-mana individu yang bukan rakyat Malaysia juga digalakkan membantu mengembangkan Wikipedia Bahasa Melayu sekiranya mereka fasih/lancar menulis dalam bahasa Melayu. Saya membantu mengembangkan Wikipedia bahasa Melayu walaupun terdapat kekangan masa, dan mendapati lebih mudah meninggalkan ringkasan dalam bahasa yang saya selesa. Adakalanya sukar saya memikirkan perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu jadi saya tulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, bukan separuh-separuh atau campur-campur. Saya akui kelemahan saya tapi saya juga mahu penjelasan sekiranya ini melanggar mana-mana polisi. Terima kasih. Majulah Wikipedia Bahasa Melayu! [[Pengguna:Mightierrr|Mightierrr]] ([[Perbincangan pengguna:Mightierrr|bincang]]) 09:32, 9 Oktober 2019 (UTC+8)