James Peter Ongkili: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ricky250 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
 
'''Datuk Dr. James Peter Ongkili''' (1939-2006) merupakan bekas [[Kementerian Kehakiman dan Perlindungan Konsumer Persekutuan|Menteri Kehakiman Malaysia]] dan Timbalan Ketua Menteri Sabah .
 
==Biodata==
Baris 20:
Dr James dilantik oleh [[Perdana Menteri Malaysia]], Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2 Jun 1983. Selepas itu beliau tidak bertanding di DUN [[Tamparuli]]. Beliau dilantik sebagai Menteri Kehakiman dalam rombakan kabinet pada 14 Julai 1984.
 
Beliau bersara dari politik pada Julai 1986 dan tidak dicalonkan oleh parti Berjaya untuk [[Tuaran (Parlimen)|parlimen]] [[Tuaran]] . Pada Mei 1988 beliau mengundurkan diri dari parti [[Berjaya]]. Pada Julai 1988 beliau mengasaskan [[Parti Rakyat Sabah]] (PRS) dan menjadi presiden pertama.
 
Pada Julai 1990 beliau kalah bertanding di kerusi DUN [[Tamparuli]] atas tiket PRS . Beliau dikalahkan oleh Datuk [[Wilfred Bumburing]] dari [[Parti Bersatu Sabah]] ([[PBS]] yang dipimpin oleh bapa saudaranya Tan Sri Datuk [[Joseph Pairin Kitingan]]. Pada 1 Ogos 1990 beliau mengumumkan berhenti menjadi presiden PRS dan arena politik tetapi menyertai [[Parti Bersatu Sabah]] pada Mac 1981 di kawasan Tamparuli .
Baris 26:
Beliau menyumbang kepada penulisan prinsip [[Rukun Negara]] yang menjadi asas kepada pembentukan [[masyarakat majmuk]] di [[Malaysia]] dan [[Wawasan 2020]]. Beliau merupakan nasionalis sebenar dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Dr James mengkaji sejarah negara , pembinaan negara Malaysia dan [[hubungan etnik]]. Dia banyak berfikir sebagai ahli politik agar hubungan toleransi terjalin antara etnik.
 
Bekas Setiausaha akhbar beliau, Almain Ajirul yang kini menjadi Pengarah Penerangan Sabah menganggap Dr James sebagai seorang yang bekerja kuat .
 
==Meninggal dunia==
Beliau menderita sakit dan menggunakan kerusi roda selama 10 tahun kerana masalah [[angin ahmar]] peringkat 3.
 
Bagi mengatasi penyakitnya , beliau mengambil 6 jenis ubat. Serangan stroke pertama berjaya diatasi. Serangan kedua dia masih boleh berjalan. Tetapi serangan ketiga beliau terus lumpuh dan terpaksa menggunakan [[kerusi roda]] untuk bergerak.
 
Beliau meninggal dunia di [[Hospital Queen Elizabeth]], [[Kota Kinabalu]], [[Sabah]] pada 20 Mac ketika berusia 67 tahun. Upacara pengkebumian dijalan oleh Gereja St John, [[Tuaran]] pada 22 Mac dan dikebumikan di tapak perkuburan Bukit Aman, Jalan Kiulu, [[Tamparuli]], [[Sabah]].<ref>[http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=186859 Former Sabah Deputy Chief Minister Dies]</ref>
Baris 37:
==Rujukan==
{{reflist}}
 
==Pautan luar==
* [https://www.geni.com/people/Datuk-Dr-James-Peter-Ongkili/6000000012860400201 Maklumat Genealogi James Peter Ongkili].
 
{{Kabinet Mahathir kedua}}