Daler Yusuf: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg: Buat asal
Menambah rujukan.
Baris 12:
}}
 
'''Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad''' (lahir 31 Disember 1992) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia kelahiran [[Uzbekistan]].<ref>[http://www.azhan.co/biodata-daler-yusuf-pelakon-drama-encik-suami-mat-salih-celup/ Biodata Daler Yusuf] Azhan.co (7 Ogos 2017). Dicapai pada 29 September 2018.</ref> Beliau terkenal dengan drama lakonan beliau termasuk ''Sebenarnya Omputih itu Isteri Aku'', ''[[Tuan Anas Mikael]]'' dan ''Lip Lap Raya''.<ref>[https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/08/11/uzbek-actor-gaining-popularity-here-good-looks-and-fluent-bahasa-give-daler-the-edge-in-local-showbi/ Uzbek actor gaining popularity here] ''[[The Star Online]]'' (11 Ogos 2017). Dicapai pada 21 Disember 2017.</ref><ref>Ramlah Zainal (3 Mei 2018). [https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/336077/masih-gementar-di-lokasi Masih gementar di lokasi] ''[[Harian Metro]]''. Dicapai pada 27 November 2018.</ref>
 
==Kerjaya==
Daler pertama kali berhijrah ke Malaysia pada 2010 bagi menyambung pelajarannya. Ketika mula berhijrah ke Malaysia, beliau tidak begitu fasih [[bahasa Melayu]]. Daler kemudian memotivasikan diri untuk belajar bahasa dan budaya tempatan kerana hubungan ibunya dengan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburan pada usia 19 tahun dan telah menjayakan beberapa iklan termasuk [[Maxis]], [[Samsung]], dan [[Baskin-Robbins]]. Beliau dan adiknya Sherzod, yang merupakan model sambilan, mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada tahun 2015.<ref> Feride Hikmet Atak (2 Septemebr 2018). [https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/09/468962/skrip-bantu-daler-kuasai-bahasa-melayu Skrip bantu Daler kuasai bahasa Melayu] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 5 September 2018.</ref><ref>Zaidi Mohamad (5 September 2016). [https://www.bharian.com.my/node/189778 Daler usaha fasih bahasa Melayu demi lakonan] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 5 September 2016.</ref>
 
Dalam drama ''[[Tuan Anas Mikael]]'', Daler memegang watak sebagai Mika Channarong, seorang lelaki dari [[Thailand]] manakala beliau memegang watak Adam dalam ''Lip Lap Raya''. Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama [[Nelydia Senrose]] dalam ''[[Encik Suami Mat Salih Celup]]'' yang disiarkan di [[Slot Dahlia]] [[TV3]].<ref>Zaidi Mohamad (6 Disember 2016.). [https://www.bharian.com.my/node/220862 Daler berdebar beraksi dengan Nelydia] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 6 Disember 2016.</ref> Beliau berlakon dalam drama ''[[Titian Cinta]]'' yang disiarkan di [[Slot Akasia]] TV3.
 
Kerjaya filem Daler bermula pada 2015, beliau berlakon dalam filem seram gabungan Malaysia-Indonesia, ''[[Kastil Tua]]'' arahan Chiska Doppert, yang mana beliau melakonkan watak sebagai Andre.