Besbol: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 3:
'''Besbol''' [bés-bol] ({{lang-en|baseball}}) merupakan sukan melibatkan pemukulan bola" (''bat-and-ball'') yang dimainkan oleh dua pasukan. Satu pasukan dianggotai oleh sembilan pemain. Matlamat utama besbol adalah untuk mengumpulkan markah (''run'') dengan memukul bola yang dilempar menggunakan tongkat pemukul (''bat'') lalu mengelilingi keempat-empat tapak (''base'') yang terletak di sudut-sudut sebuah segi empat (''diamond''). Pemain-pemain dalam pasukan memukul bergilir-gilir cuba memukul bola yang dilontar oleh pelempar dari pasukan lain, iaitu pasukan pemadang. Pasukan pemadang pula cuba menghalang pasukan pemukul daripada mengumpul markah dengan "mematikan" (''out'') pemukul-pemukul melalui cara-cara tertentu. Kedua-dua pasukan beralih antara memukul dan memadang setiap kali pasukan memadang berjaya mematikan tiga pemukul. Pasukan-pasukan mempunyai sembilan giliran (atau dikenali sebagai "pusingan," ''inning'') untuk memukul dan memadang. Biasanya (terutamanya pada tahap profesional), satu perlawanan terdiri daripada sembilan pusingan. Pasukan yang berjaya mengumpulkan markah terbanyak selepas pusingan terakhir menang.
== Sejarah ==
|