Perbezaan antara semakan "Bangladesh"

1,853 bait ditambah ,  6 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
}}
 
'''Bangladesh''' ([[Bahasa Benggali|Benggali]]: বাংলাদেশ), secara rasmi digelarkan '''Republik Rakyat Bangladesh''' (গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ, ''Gônoprojatontri Bangladesh''), ialah sebuah negara di sebelah timur laut [[subbenua]] [[India]] yang terletak di [[Asia Selatan]].
Bangladesh bersempadan dengan [[India]] di sebelah barat, utara dan timur, dengan [[Myanmar]] di sebelah tenggara, dan [[Teluk Bengal]] di sebelah selatan. Bersama-sama dengan [[Bengal Barat]] di India, Bangladesh terdiri daripada kawasan [[etnik]] dan [[linguistik]] Bengal. Nama "Bangladesh" bermaksud "Negara Bengal". Bagaimanapun, keasalan perkataan "Bangla" atau "Bengal" tidak diketahui. [[Ibu negara]] dan bandar terbesar Bangladesh ialah [[Dhaka]].
 
 
Bangladesh adalah salah satu daripada ahli pengasas [[Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan]] (SAARC), [[BIMSTEC]], serta ahli [[Pertubuhan Negara-Negara Islam]] (OIC) dan [[Lapan Negara Membangun]] (D-8).
 
== Geografi ==
{{Utama|Geografi Bangladesh}}
Bangladesh terletak di kawasan [[delta]] Sungai Ganges-Brahmaputra, delta sungai terbesar dunia.<ref>{{cite web|last=Misachi|first=John|url=https://www.worldatlas.com/articles/which-is-the-largest-delta-in-the-world.html|title=Where Is The Largest Delta in the World?|publisher=WorldAtlas, worldatlus.com|date=25 April 2017}}</ref> Delta ini terbentuk daripada pertemuan [[Sungai Ganges]] (nama setempat Padma atau ''Pôdda''), [[Sungai Brahmaputra|Brahmaputra]] (Jamuna atau ''Jomuna''), [[Sungai Meghna|Meghna]], dan anak-anak sungai.
 
Sebahagian besar Bangladesh berada pada paras 12 meter di bawah paras laut, dan dipercayai sekitar 10% kawasan Bangladesh akan tenggelam jika paras laut naik sebanyak satu meter.<ref name="ali">{{cite journal|last=Ali|first=A|year=1996|title=Vulnerability of Bangladesh to climate change and sea level rise through tropical cyclones and storm surges|journal=Water, Air, & Soil Pollution|volume=92|issue=1–2|pages=171–79|doi=10.1007/BF00175563|doi-broken-date=2019-12-01}}</ref>
 
Titik tertinggi Bangladesh dipercayai ialah [[Saka Haphong]] dengan ketinggian 1,064 meter yang terletak berdekaan sempadan Myanmar,<ref>{{cite web|url=https://www.peakbagger.com/list.aspx?lid=1100|title=World Country High Points|website=peakbagger.com|publisher=peakbagger.com}}</ref> tetapi kebanyakan rujukan menetapkan [[Keokradong]] sebagai titik tertinggi negara.<ref>{{cite web|url=https://www.cia.gov/library/publications/resources/the-world-factbook/geos/bg.html|title=Bangladesh|website=The World Factbook|publisher=CIA}}</ref>
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
 
* {{Commonscat-inline}}
* {{Wiktionary-inline}}
{{Geografi-stub}}
{{Asia Selatan}}
{{Negara Negara Asia}}
{{OIC}}
{{Negara-negara Komanwel}}{{Kawalan kewibawaan}}
 
[[Kategori:Bangladesh|*]]
[[Kategori:Republik]]
5,439

suntingan