Mahathir Mohamad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 329:
 
=== Kenyataan mengenai bangsa Bugis ===
Semasa perhimpunan 'Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi' di Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017, Tun Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan [[orang Bugis]] dengan [[lanun]]. Susulan pernyataan tersebut, [[Sultan Selangor]] [[Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj|Sultan Sharafuddin Idris Shah]] telah mengkritik Tun Dr. Mahathir mengenai tuduhan beliau terhadap orang Bugis lantaran salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal daripada bangsa Bugis. Baginda mengatakan fakta sejarah telah membuktikan Kesultanan Selangor yang berketurunan Bugis telah memperjuangkan dan mempertahankan kedamaian di seluruh kepulauan [[Nusantara]].<ref>{{Citenews|url=https://www.malaysiakini.com/news/400483|title=Sultan Selangor murka terhadap Dr Mahathir|date=2 November 2017|work=[[Malaysiakini]]|archive-url=http://web.archive.org/web/20171212035940/https://www.malaysiakini.com/news/400483|archive-date=12 Disember 2017|dead-url=no|access-date=12 Disember 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/selangor-sultan-angered-disappointed-with-dr-ms-bugis-remark#mdLAF8gIAVzOYJzy.97|title=Selangor Sultan angered, disappointed with Dr M’s ‘Bugis’ remark|date=2 November 2017|accessdate=19 Disember 2017|dead-url=no|agency=The Malay Mail Online|language=en|trans-title=Sultan Selangor murka, kesal dengan kenyataan ‘Bugis’ Dr. M}}</ref> Kenyataan beliau yang menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis itu telah menyebabkan Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) yang diketuai Timbalan Presiden PPRBMM, Tasman Matto, mengadakan perhimpunan membantah secara aman di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada 18 Oktober 2017.<ref>{{Citenews|url=https://www.malaysiakini.com/news/398681|title=Lagi persatuan Bugis desak Dr M minta maaf|last=Bernama|date=18 Oktober 2017|work=[[Malaysiakini]]|archive-url=http://web.archive.org/web/20171212042111/https://www.malaysiakini.com/news/398681|archive-date=12 Disember 2017|dead-url=no|access-date=12 Disember 2017}}</ref> Tun Dr. Mahathir telah menidakkan penghinaan keseluruhan keturunan Bugis dalam ucapannya ketika perhimpunan anti-Kleptokrasi pada malam 20 Oktober 2017. Beliau mendakwa kenyataan yang dibuatnya hanya merujuk kepada “perompak yang mencuri wang rakyat”.<ref>{{Citenews|url=https://www.malaysiakini.com/news/398976|title=Mahathir nafi hina seluruh keturunan Bugis|last=Anne Muhammad|date=21 Oktober 2017|work=[[Malaysiakini]]|archive-url=http://web.archive.org/web/20171212041751/https://www.malaysiakini.com/news/398976|archive-date=12 Disember 2017|dead-url=no|access-date=12 Disember 2017|first=|newspaper=|via=}}</ref> Tun Dr. Mahathir juga dilaporkan mengatakan bahawa bukan semua orang Bugis ialah lanun dan kenyataan tersebut hanyalah ditujukan kepada "penjahat yang mencuri wang".<ref>{{Citenews|url=https://www.malaysiakini.com/news/404343|title=Sultan: Dr M akan bakar seluruh negara dengan kemarahannya|date=5 Disember 2017|work=[[Malaysiakini]]|archive-url=http://web.archive.org/web/20171212042732/https://www.malaysiakini.com/news/404343|archive-date=12 Disember 2017|dead-url=no|access-date=12 Disember 2017}}</ref><ref>{{cite news|title=Bugis hurt by 'pirate' remark, Dr Mahathir told|url=https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/18/bugis-descendents-protest-against-mahathirs-pirate-remark/|accessdate=2 November 2017|agency=The Star Online}}</ref>
 
Pada 7 Disember 2017, Tun Dr. Mahathir dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah telah memulangkan dua buah pingat yang diterima mereka daripada Sultan Selangor. Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Rais Hussin pula enggan memberitahu alasan sebenar pemulangan pingat-pingat berkenaan dengan berkias bahawa alasan tersebut sudah diketahui. Pingat yang dikembalikan Dr Siti Hasmah itu ialah anugerah yang diterimanya daripada Sultan Selangor pada 1983 dan 1994. iaitu Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.<ref>{{Citenews|url=https://www.malaysiakini.com/news/405074|title=Mahathir, Siti Hasmah pulangkan pingat kebesaran Selangor|last=Alyaa Alhadjri|date=11 Disember 2017|work=[[Malaysiakini]]|archive-url=http://web.archive.org/web/20171212044110/https://www.malaysiakini.com/news/405074|archive-date=12 Disember 2017|dead-url=no|access-date=12 Disember 2017}}</ref> Darjah kebesaran yang telah diserahkan oleh Tun Dr. Mahathir ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor (DK) dan Darjah Kelas Pertama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri.<ref>{{Citenews|url=https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/12/293030/dr-mahathir-isteri-sah-pulangkan-darjah-kebesaran|title=Dr Mahathir, isteri sah pulangkan darjah kebesaran|last=Fuad Hadinata Yaacob|date=12 Disember 2017|newspaper=[[Harian Metro]]|archive-url=http://web.archive.org/web/20171212044217/https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/12/293030/dr-mahathir-isteri-sah-pulangkan-darjah-kebesaran|archive-date=12 Disember 2017|dead-url=no|access-date=12 Disember 2017|via=myMetro}}</ref><ref>{{Citenews|url=https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/27018/|title=Dr Mahathir pulang darjah kebesaran Sultan Selangor|last=Noor Azam Shairi|date=11 Disember 2017|newspaper=The Malaysian Insight|access-date=12 Disember 2017|dead-url=no}}</ref>
 
Pada 8 Februari 2018, Tun Dr. Mahathir telah ditarik balik pingat yang diterima daripada Sultan Kelantan. Pingat yang dikembalikan itu ialah anugerah tertinggi yang diterimanya daripada Sultan Kelantan pada 2002 iaitu Darjah Kerabat Al-Yunusi (DK Kelantan).<ref>{{Citenews|url=https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/386309/istana-kelantan-tarik-balik-darjah-kerabat-tun-m|title=Dr Mahathir ditarik balik darjah kebesaran Sultan Kelantan|date=8 Februari 2018|newspaper=Berita Harian|access-date=8 Februari 2018}}</ref>