Thor: Ragnarok: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 47:
 
==Plot==
Dua tahun selepas pertempuran Sokovia, (rujuk plot [[Captain America: Civil War]]). Thor dipenjarakan oleh Surtur, dan mendedahka bahawa ayah Thor, Odin tidak lama lagi untuk hidup di Asgard. Dia menjelaskan bahawa alam akan segera dimusnahkan melalui Ragnarök. Apabila Surtur menyatukan mahkota Asgard dengan Api Abadi Surtur yang dibakar pada peti besi Odin. Thor membebaskan dirinya dari penjara, mengalahkan Surtur dan mengambil mahkota Asgard, dia mempercayainya bahawa tindakan ini boleh menghalang atau mengelakkan dari terjadinya [[Ragnarök]], suatu peperangan antara segala isi alam yang menamatkan dunia.
 
Thor kembali ke Asgard untuk mencari Heimdall dan Loki yang menyamar sebagai Odin. Selepas mendedahkan helah Loki, Thor memaksa dia untuk membantu mencari dimana Odin berada sekarang. Thor meminta bantuan dari Dr. Strange di Bumi untuk mencari Odin di Norway. Odin menerangkan bahawa dia akan mati beberapa detik lagi dan Ragnarök sudah dekat walaupun dia menhetahui usaha Thor untuk menghalangnya. Dia kemudian mendedahkan kelewatannya akan membolehkan anak sulungnya, Hela, untuk melarikan diri dari penjara yang telah dimeterainya dahulu. Hela asalnya adalah ketua panglima pasukan tentera Asgard, berjaya menakluki Sembilan Alam bersama-sama dengan Odin, tetapi Odin memenjarakan setelah ia takut bahawa Hela menjadi terlalu obses untuk menakluk seluruh alam semesta. Odin akhirnya mangkat secara tiba-tiba, Thor dan Loki menyaksikan dengan hati yang pilu. Akhirnya Hela muncul, Thor mula mencampakkan Mjolnir tetapi ia mudah dimusnahkan oleh Hela. Thor segera membuka portal walaupun mereka dikejar. Kedua-dua mereka cuba melarikan diri dengan melalui Jambatan Bifröst, Hela dengan mudah menewaskan Loki dan Thor di jambatan tersebut. Mereka tergelincir dan terperosok ke ruang angkasa lepas yang lain. Hela tiba di Asgard, dia mengalahkan ke semua tentera dan membunuh Volstagg, Hogun dan Fandral. Dia kemudian membangkitkan orang yang telah mati di zaman kuno yang pernah berkhidmat bersamanya dahulu termasuk serigala gergasinya Fenris dengan menggunakan api abadi. Dia juga melantik Skurge sebagai pembantu peribadinya. Hela merancang untuk menggunakan Bifröst untuk memperluaskan empayar Asgard, tetapi Heimdall menyelinap masuk, mengambil pedang yang mengawal Jambatan dan mula menyembunyikan para penduduk Asgardian yang lain.