Zulkifli Ismail (pelakon): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 19:
 
==Kerjaya==
Semasa menulis, Zulkifli pernah menggunakan beberapa nama samaran termasuk ''Arjuna Setia'' dan ''Dzul Isma''. Sejak berusia 16 tahun, sajak-sajaknya sering tersiar di akhbar, majalah dan radio. Sajaknya yang pertama berjudul ''Ramadhan Tiba Tika Aku Masih Lena'' disiarkan di akhbar [[Bintang Timur]].
 
Zulkifli juga turut menyumbang rencana dan berita untuk akhbar tersebut. Pada tahun 1983, Zulkifli menyertai [[Kumpulan Utusan|Utusan Melayu]] sebagai wartawan. Jodohnya dengan Utusan tidak lama. DiaBeliau meletakkan jawatan pada tahun 1985.
 
Penglibatan dalam bidang lakonan bermula pada tahun 1986, apabila Zulkifli diperkenalkan oleh [[TV3]] sebagai pelakon utama dalam slot cerekarama ''Basikalku''. Pada tahun yang sama Zulkifli ke [[Universiti Sains Malaysia]] untuk mengikuti pengajian Sijil Seni Kreatif. Sekembali dari USM, Zulkifli menyertai RTM semula sebagai penulis skrip dan penyampai di unit Berita Ehwal Semasa. Sejak tahun 1992 hingga kini, beliau menjadi pelakon sepenuh masa.