Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
PDI-P Tidak ditubuhkan oleh presiden Jusuf Habibie
Baris 12:
Pembentukan PDI-P dapat dikaitkan dengan [[Peristiwa 27 Julai 1996]] yang menyebabkan kemunculan [[Megawati Soekarnoputri]] daripada kancah politik kebangsaan. Walaupun sebelum peristiwa ini, Megawati tercatat sebagai Ketua Umum [[Parti Demokrasi Indonesia]] dan anggota Suruhanjaya I [[DPR]], namanya dikenal diseluruh Indonesia setelah peristiwa itu.
 
PDI-P ditubuhkan oleh Presiden [[Jusuf Habibie]] untuk menyertai [[Pilihan raya umum Indonesia 1999|Pilihan raya umum 1999]]. Dalam pilihan raya umum ini, PDI-P memperoleh peringkat pertama untuk suara DPR dengan memperoleh 151 kerusi. Walaupun demikian, PDI-P gagal melantik Megawati ke jawatan presiden, kerana beliau kalah undi dalam [[Persidangan Umum MPR 1999]] kepada [[Abdurrahman Wahid]]. Oleh sebab itu, Megawati menduduki kerusi timbalan presiden. Setelah Abdurrahman Wahid turun daripada jabatan presiden pada tahun [[2001]], PDI-P menempatkan Megawati ke jawatan presiden.
 
Dalam Pilihan raya Dewan Undangan 2004, perolehan suara PDI-P turun ke peringkat kedua, dengan 109 kerusi. Untuk Pemilihan Presiden 2004, PDI-P kembali mencalonkan Megawati sebagai calon presiden, berpasangan dengan [[KH Hasyim Muzadi]] sebagai calon timbalan presiden.<ref>[https://www.utusan.com.my/berita/nasional/analisis-di-sebalik-perjalanan-demokrasi-dan-pilpres-indonesia-1.883362 "Analisis Di Sebalik Perjalanan Demokrasi Dan Pilpres Indonesia"] [[Utusan Malaysia]]. Dicapai pada 30 September 2019</ref> Pada [[Pilihan raya umum presiden Indonesia 2014|pilihan raya tahun 2014]] PDI-P menduduki peringkat teratas parti dan berhasil mencalonkan [[Joko Widodo]] sebagai presiden republik Indonesia, Joko Widodo menang dengan majoriti 53.15%.<ref>[https://www.mstar.com.my/global/dunia/2014/07/09/jokowi-menang-tipis-presiden-indonesia "Jokowi Menang Tipis Presiden Indonesia"] [[MSTAR Online|Mstar]]. Dicapai pada 30 September 2019</ref> PDI-P juga meneruskan momentum kemenangan pada [[Pilihan raya umum Indonesia 2019|Pilihan Raya Indonesia 2019]] dengan Joko Widodo sekali lagi menewaskan [[Prabowo Subianto]] dengan jumlah 55.5% majoriti.<ref>[https://www.kosmo.com.my/terkini/jokowi-menang-pilihan-raya-presiden-indonesia-2019-1.904852 "Jokowi Menang Pilihan Raya Presiden Indonesia"] [[Kosmo]]. Dicapai pada 30 September 2019</ref>