Permaidani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Anumengelamun telah memindahkan laman Karpet ke Permaidani
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Lihat [[After After Tu]] di Karpet
'''Permaidani''' [pĕr-mai-da-ni] atau '''karpet''' [kar-pét] ialah sejenis [[Alas lantai|alas]] [[lantai]] [[tekstil]] terdiri daripada lapisan atas [[Ambal|berambal]] pintal yang diikat pada hamparan tertentu sebagai sokongan. Ambal ini lazim diperbuat secara tradisinya daripada [[bulu haiwan]] seperti [[Wul|bulu bebiri]], namun gentian-gentian sintetik seperti [[polipropilena]], [[nilon]] atau [[poliester]] semakin biasa dipakai ganti sejak abad ke-20 atas kos yang lebih murah. Hamparan ambal begini dapat diwarnakan serta dianyam dalam pelbagai corak mengikut citarasa pembeli.
 
Permaidani dihasilkan untuk banyak tujuan sama ada untuk menebat haba atau melembutkan permukaan lantai lalu selesa dipijak, menyerap [[Bunyi|bunyi-bunyian]] [[akustik|persekitaran]] dalam rumah agar tidak mengganggu sesiapa yang berada di luar lingkungan ini, mahupun untuk tujuan menghiasi bilik semata-mata.
 
==Jenis==