Carabinieri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 62:
'''Carabinieri''' [ˌkäˑɾäbiˈnjɛːɾi, ka-ra-bi-né-ri] atau '''Askar Karbin''' - dalam maksud lain ''Askar [[Raifal]]'' (bekas ''Arma dei carabinieri'', "Pasukan Carabineer" atau sebelum itu ''Corpo dei Carabinieri Reali'' "Kor [[Carabinier]] diraja") ialah pasukan [[polis tentera]] kebangsaan [[Itali]] yang bertanggungjawab mengawasi tentera dan penduduk awam.
 
Ia pada asalnya ditubuhkan sebagai Pengawal Diraja ''(Carabinieri Guardie)'' yang mengawal istana serta melindungi [[Raja Itali]] dari sebarang ancaman dan bertindak sebagai pasukan polis [[Kerajaan Sardinia]]. Sewaktu proses [[Penyatuan Itali]], ia telah dilantik "Pasukan Pertama" organisasi baru tentera kebangsaan. Walaupun pihak ini banyak terlibat dalam menumpaskan pembangkang politik [[Fasisme Itali|rejim pemerintahan]] [[Benito Mussolini]], namun mereka juga dipertanggungjawabkan atas pelemahan kuasa Mussolini sehingga banyak unit diharamkan oleh sekutu [[Jerman Nazi]]; hal ini menyebabkan sejumlah besar askar Carabinieri menyertai [[pemberontak Itali|gerakan pemberontak Itali]].
 
Sejak tahun 2001, ia telah menjadi salah satu dari empat cabang perkhidmatan [[Angkatan Tentera Itali]].