Takhta Suci: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengembalian kandungan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16:
|languages2_type=[[Bahasa kerja]]|languages2=[[Bahasa Itali]]<br>[[Bahasa Perancis]] (tujuan diplomatik)<ref>{{cite web|url=http://www.canadainternational.gc.ca/holy_see-saint_siege/consular_services_consulaires/about-a_propos.aspx?lang=eng|title=About the Holy See|publisher=}}</ref>}}
 
'''Takhta Suci''' ({{lang-it|Santa Sede}}; {{lang-la|Sancta Sedes}}; <small>disebut</small> [ˈsaŋkta ˈsedes], <small>atau</small> [sangk-ta sé-dés]; {{Lang-en|Holy See}}) merupakan bidang kuasa yang bertanggungjawab dalam [[Gereja Katolik Rom|Gereja Katolik]] di [[Rom]], takhta persemayaman [[Paus (Katolik)|Paus]] serta suatu [[negara berdaulat|entiti berdaulat]] yang bebas. Ia berfungsi sebagai [[ibupejabat|titik pusat]] bagi Gereja Katolik di seluruh dunia atas sebab kedudukannya yang terunggul dalam gereja sedunia. Ia kini berfungsi sebagai badan pentadbiran bagi semua penganut Katolik yang berada di dalam gereja, [[Patriarkat]] dan [[institut keagamaan]] masing-masing.
 
Secara diplomatiknya, Takhta Suci bertindak bagi pihak seluruh Gereja. Ia turut diiktiraf oleh entiti lain mengikut undang-undang antarabangsa sebagai suatu entiti [[kedaulatan|berdaulat]] yang diketuai Paus, di mana [[hubungan diplomatik]] dapat dikekalkan.<ref>{{cite web|url=http://www.fco.gov.uk/en/travel-and-living-abroad/travel-advice-by-country/country-profile/europe/holy-see/ |title=Archived copy |accessdate=5 Februari 2016 |deadurl=yes |archiveurl=https://web.archive.org/web/20101231084624/http://www.fco.gov.uk/en/travel-and-living-abroad/travel-advice-by-country/country-profile/europe/holy-see/ |archivedate=31 Disember 2010 |df=dmy-all }}</ref><ref>Kedaulatan Takhta Suci diiktiraf secara jelasnya dalam banyak perjanjian antarabangsa serta ditekankan secara khususnya dalam perkara 2 [[Perjanjian Lateran]] pada 11 Februari 1929, di mana "Itali mengiktiraf kedaulatan Takhta Suci dalam hal-ehwal antarabangsa sebagai suatu lambang sedia ada yang mengikut tradisinya serta keperluan misinya ke seluruh dunia" ([http://www.aloha.net/~mikesch/treaty.htm Lateran Treaty, English translation]).</ref> Ia sering disamakan dengan "Vatikan", namun takhta tersebut tidak sama dengan entiti yang bernama "Negara Kota Vatikan" yang wujud pada tahun 1929 selepas termeterainya [[Perjanjian Lateran]]; Takhta Suci iaitu [[Kawasan Uskup Rom|takhta gereja Rom]] diwujudkan sejak berkurun lamanya. Duta-duta ditauliahkan tidak kepada Negara Kota Vatikan tetapi kepada "Takhta Suci", dan [[Nuncio|wakil-wakil paus]] ke negara dan pertubuhan antarabangsa diiktiraf sebagai pewakilan kepada Takhta Suci, bukannya Negara Kota Vatikan. Kewujudan negara Kota Vatikan bertujuan memastikan kebebasan diplomatik dan rohaniah si Paus.