Sultan Mahmud Shah II dari Johor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 22:
Walau bagaimanapun, ada seorang pembesar bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa daripada suku [[Orang Laut|orang laut]] menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada raja. Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa dibunuh orang dengan keris penyalang. Pembesar ini merupakan orang keutamaan suku Orang Laut (orang Riau/Lingga) yang pernah menjadi pembantu laksamana dalam perang Johor-Bugis di Linggi. Orang-orang Laut sangat marah dan berdendam atas kematian pembesar mereka itu. Manakala Megat Seri Rama mengambil tugas berat untuk menderhaka dan ketika tepat waktunya sultan dijulang juak-juaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat, Megat Seri Rama pun membunuh Sultan yang dianggap gila itu lantas tragedi itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'. Kononnya sebelum mati, baginda sempat menyumpah pembunuhnya dan mengharamkan 7 keturunan Megat Seri Rama daripada menjejaki Johor lama itu.
 
Pada hari Jumaat, Ogos 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh [[Laksamana Bentan|Megat Seri Rama]]. AkhirnyAkhirnya,a baginda lebih dikenali sebagai "'''Marhum Mangkat Di Julang'''" atau "'''Marhum Kota Tinggi'''". Baginda dimakamkan di [[Kota Tinggi]].<ref>{{cite web |url=http://artmelayu.blogspot.com/2008/01/makam-tomb-of-sultan-mahmud-mangkat.html|title=Makam Sultan Mahmud Mangkat DiJulang|accessdate=6 Disember 2010 |year=2008 |work=Seni Lama Melayu |publisher=Radzi Sapiee}}</ref>
 
Mengikut perbualan orang di negeri selatan itu, masih ada keturunan Megat Seri Rama yang akan pening kepala dan muntah darah apabila berkunjung ke daerah pembunuhan sultan tersebut. Sultan Mahmud dimakamkan orang di Kota Tinggi pada tahun 1699 dan dengan kematian baginda, maka putuslah zuriat raja-raja Johor daripada keturunan dinasti Raja Melaka.{{Fakta}}