Anwar Sadat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 67:
Pada 6 Oktober 1981, Anwar Sadat dibunuh ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada [[Jihad Islam Mesir]] yang menentang perjanjiannya dengan [[Israel]] dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September. [[Omar Abdel-Rahman]] adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga merupakan orang yang memberi kelulusan agar [[Pengeboman World Trade Center 1993]] dilakukan.
 
Dalam lintas hormat itu, Anwar dikawal oleh 4 lapisan keselamatan. Bagaimanapun ketua pegawai keselamatan bertugas sedang mengerjakan haji di Mekah. Jet pejuang [[Mirage]] terbang rendah [[terbang lintas hormat|melakukan lintas hormat di udara]] sambil Anwar berdiri menerima tabik hormat tersebut, pembunuh mengambil kesempatan ini keluar dari trak-trak tentera dan melontar [[bom tangan]] dan melepaskan tembakan selama dua minit. Jurufoto Bill Foley berjaya merakam detik-detik 'senyuman terakhir' itu. [[Khalid Islambouli]] menjerit "Matilah kamu [[Firaun]]!" sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. 7 terbunuh termasuk Duta negara [[Cuba]] Jeneral Omani. 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera Amerika Syarikat.Anwar dikejarkan ke hospital tetapi disahkan mati . Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir. Islambouli didapati bersalah dan dijtuhi hukuman mati pada April 1982.
 
Sempena pembunuhan itu, satu pemberontakan terjadi di Asyur, utara Mesir. Pemberontak berjaya menawan beberapa hari dan membunuh 68 orang polis dan tentera. Mereka berjaya ditenteramkan sebelum sampai ke Kaherah. Tentera ini dijatuhi hukuman ringan, hanya 3 tahun penjara.