Nafiz Muaz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Pengemasan dan kemaskini.
Baris 16:
Nafiz melakonkan watak sebagai Hakim dalam ''[[Budak Boys]]''. Ia mengisahkan seorang budak lelaki yang pemalu dan sering dibuli oleh rakan-rakannya di sekolah. Kehidupannya berubah selepas dia menjadi seorang tentera. Drama ini ditayangkan di saluran TV3.
 
Peranan terkenal beliau hadir menerusi watak sebagai Reza dalam drama ''[[Cinta Tiada Ganti]]'' lakonan [[Addy Ashraf]], [[Nelydia Senrose]], [[Ben Amir]] dan [[Atikah Suhaime]]. Diadaptasi dari drama Filipina, ''[[Sana'y Wala Nang Wakas]]'', ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.<ref>Najiy Jefri (12 Julai 2018). [https://www.hmetro.com.my/rap/2018/07/357393/cubaan-cetus-fenomena Cubaan cetus fenomena] ''[[Harian Metro]]''. Diperoleh pada 27 Julai 2018.</ref> Drama ini menjadi drama pertama lakonan Nafiz di saluran Astro.
 
Beliau turut berlakon bersama [[Fasha Sandha]] dalam drama ''[[Semua Salahku]]'', memegang watak sebagai Harris yang ditayangkan di saluran TV3. Nafiz meraih kejayaan utamanya menerusi drama adaptasi novel karya Rehal Nuharis, ''[[Cinta Belum Tamat Tempoh]]'' lakonan bersama [[Bella Astillah]], [[Fendy Bakry]], [[Hun Haqeem]] dan [[Dayang Areeda]]. Ia merupakan drama pertamanya sebagai pelakon utama.<ref>[http://www.astroawani.com/berita-hiburan/semakin-serius-dalam-lakonan-nafiz-muaz-berharap-bakat-diterima-ramai-217623 Semakin serius dalam lakonan, Nafiz Muaz berharap bakat diterima ramai] [[Astro Awani]] (16 September 2019). Dicapai pada 5 Oktober 2019.</ref>