Dionysos: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengembangan besar hasil pengembalian dan penyejagatan kandungan bahasa Melayu Indonesia
Baris 52:
 
=== Pentheus ===
Dionysos kembali ke tempat kelahirannya, [[ThebesThebas]], yang kini diperintah oleh sepupunya, [[Pentheus]]. Dionysos ingin membalas dendam pada Pentheus dan beberapa perempuan di Thebes (bibinya, [[Agave]], [[Ino]] dan [[Autonoe]]) kerana mereka tidak memercayai bahawa ibu Dionysos, [[Semele]], dihamili oleh [[Zeus]]. Mereka juga tidak percaya pada kedewaan Dionysos dan tidak mau meyembahnya.
 
Dionysos perlahan-lahan membuat Pentheus menjadi gila dan membawanya ke hutan di [[Gunung Khiteron]]. Dionysos meyakinkan Pentheus untuk mengintip para [[Maenad]] (para wanita dalam rombongan Dionysos) Ketika Pentheus mendekati para Maenad, mereka sedang dalam keadaan mabuk dan mengalami kegilaan, mereka mengoyak-ngoyak ternak. Para Maenad lalu menangkap Pentheus dan mencabik-cabik tubuhnya. Bahkan ibu Pentheus (Agave, salah seorang Maenad) ikut memotong anggota tubuh Pentheus. Agave, yang saat itu sedang dalam kegilaan, tidak mengenali putranya sendiri. kerana kejadian itu, para wanita tersebut diusir dari Thebes dan dendam Dionysos terbalaskan.