Kesateria Malta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
"Yerusalem" ada dipakai dalam media Kristian berbahasa Melayu seperti Herald Malaysia. "Baitulmaqdis" pun tidak berapa sesuai dipakai dalam konteks Kristian seperti subjek entri
Baris 16:
 
== Sejarah ==
Badan ini wujud sejak tahun 1048 dengan pengurniaan wewenang atau kebenaran mendirikan sebarang rumah ibadah atau perawatan untuk kemudahan [[penziarah]] yang berkunjung ke [[Baitulmaqdis||Yerusalem/Baitulmaqdis]] tidak kira agama dan bangsa oleh Khalifah Mesir kepada para saudagar dari [[Duci Amalfi]]. Badan ini diberi nama Golongan Santo Yohanes dari Yerusalem (''Ordine di San Giovanni di Gerusalemme'') dan dipimpin seorang rahib bernama [[Gerardo Sasso]]. Suatu [[Bulla paus|watikah rasmi]] diberikan [[Paus Paschalis II]] - ''[[Pie postulatio voluntatis]]'' - tanggal 15 Februari 1113 memindahkan kedudukan ia kepada pentadbiran [[Takhta Suci]] serta memberikan kebebasan para anggota ia melantik ketua golongan itu sendiri.
 
Segala tanah pemilikan badan ini dirampas pihak Perancis semasa [[Serangan Perancis ke atas Malta|penaklukan mereka ke atas Malta]] tahun 1798, malah banyak aset yang tersisa di negara-negara Protestan juga diambil pada awal abad ke-19. Ia menandatangani [[Kongres Verona]] pada 1822 yang menjamin keberadaannya sebagai suatu badan berdaulat bebas.