Abu Bakar Juah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Kemaskini.
Baris 14:
 
==Kerjaya==
Beliau memulakan kerjaya awal sebagai Pengarah Kanan Penjara di [[Penjara Taiping]] sebelum bersara pada 2005. Abu Bakar, semasa masih berkhidmat dalam pejabat kerajaan, beliau memulakan kerjaya lakonan dalam filem dan televisyen. Selain itu, beliau turut menyumbangkan suaranya dalam beberapa iklan televisyen. Beliau bersara dari kerjaya lakonan pada 2018 akibat kemerosotan keadaan kesihatan beliau.
 
==Sakit dan kematian==
Beliau disahkan menghidap kanser hati pada tahun 2016. Namun begitu, beliau disahkan bebas dari kanser usus tahap empat selepas menjalani 12 sesi rawatan kimoterapi di [[Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia]] (PPUKM).
 
Beliau meninggal dunia di kediamannya di Cheras, Kuala Lumpur pada petang 15 Ogos 2020.<ref>[http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelakon-veteran-abu-bakar-juah-meninggal-dunia-255382?amp=1&__twitter_impression=true Pelakon veteran Abu Bakar Juah meninggal dunia, ''[[Astro Awani]]'' Dicapai pada 15 Ogos 2020]</ref> Beliau meninggalkan balu, Rusidah Mohd. Yassin yang dikahwininya pada 1980, empat anak dan seorang cucu.
 
==Filemografi==