Yusof Kelana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Kemaskini.
Baris 28:
 
== Kesihatan dan kematian ==
Tanda-tanda awal beliau mengidap kanser ialah selepas mengalami luka sebesar syiling 50 sen pada tapak kaki. Pada awalnya dia menyangka dirinya hanya menghidapi penyakit kencing manis. Sebelum menerima rawatan pakar, beliau sudah beberapa kali pergi ke klinik dan farmasi untuk mengubati luka tersebut namun tidak berjaya. Beliau disahkan mengidap kanser kulit tahap empat Julai lalu.<ref>Serimah Mohd Sallehuddin (7 Julai 2020). [https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/07/708108/yusof-derita-kanser-kulit-tahap-empat Yusof derita kanser kulit tahap empat] [[Berita Harian]]. Dicapai pada 24 Ogos 2020.</ref>
 
Beliau meninggal dunia pada 15 Ogos 2020 akibat kanser kulit tahap empat yang sudah merebak ke bahagian otak di kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Jenazah Yusof dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate selepas solat Zohor. Beliau meninggalkan balu, Myna Abdul Malik dan tiga cahaya mata perempuan. Suzana, Nur Yusnani dan Nur Azzrena.<ref>Nadia Azam (15 Ogos 2020). [https://m.malaysiakini.com/hiburan/538741 Yusof Kelana meninggal dunia] [[Malaysiakini]]. Dicapai pada 24 Ogos 2020.</ref>