Penyakit mental: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Perapihan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
k Membalikkan suntingan oleh Wiki Farazi (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 113.210.89.32
Teg-teg: Undur Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 4:
 
Dalam masyarakat banyak beredar kepercayaan atau [[mitos]] yang salah mengenai penyakit mental, ada yang percaya bahawa penyakit mental disebabkan oleh gangguan roh jahat, ada yang menuduh bahawa itu akibat [[guna-guna]], kerana kutukan atau hukuman atas dosanya. Kepercayaan yang salah ini hanya akan merugikan pesakit dan keluarganya kerana penghidap penyakit jiwa tidak mendapat rawatan secara cepat dan tepat.
 
==Punca<ref>https://www.alodokter.com/sakit-jiwa-ternyata-ada-banyak </ref>==
Masalah kesihatan mental mungkin berpunca daripada [[stres]] berlebihan yang disebabkan oleh keadaan atau peristiwa tertentu contohnya seperti [[kanser]], [[kencing manis]] dan [[penyakit jantung]]. Penyakit mental sering dikaitkan dengan [[masalah fizikal]] serta [[emosi]] dan [[psikologi]]. Penyakit mental mungkin disebabkan oleh tindak balas terhadap [[tekanan persekitaran]], [[faktor genetik]], [[ketidakseimbangan]] [[biokimia]] dalam badan atau kombinasi semua faktor. Dengan rawatan yang sewajarnya, pesakit dapat belajar untuk mengatasi atau mengharungi penyakit mental atau gangguan emosi.
 
==Penyebab penyakit mental<ref>https://www.doctoroncall.com.my/soalan/mental-illness-sakit-jiwa </ref>==
Walaupun penyebab sebenar bagi kebanyakan sakit jiwa tidak diketahui, penyelidikan mendapati bahawa keadaan ini mungkin disebabkan oleh gabungan faktor [[genetik]], [[biologi]], [[psikologi]] dan persekitaran - bukannya kelemahan diri atau masalah karakter dan pemulihan daripada sakit jiwa bukan hanya berkaitan dengan persoalan kemahuan atau disiplin diri.Mengalami kerosakan otak.
Memiliki sedikit atau bahkan tidak punya teman, dan merasa kesunyian atau keseorangan.
Pernah mengalami sakit jiwa sebelumnya.
 
===Keturunan ([[genetik]])===
 
Sakit jiwa boleh melibatkan beberapa anggota keluarga yang lain membuktikan bahawa ia mungkin masalah kesihatan yang boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak melalui gen. Gen mengandungi arahan bagi fungsi setiap sel dalam badan dan bertanggungjawab untuk menentukan bagaimana kita bertindak, berfikir, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, hanya bukan semua ibu atau bapa yang mempunyai penyakit mental akan mewarisikan penyakit tersebut kepada generasi seterusnya. Sebaliknya, anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit itu berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai sejarah penyakit mental dalam sejarah anggota keluarga.
 
===[[Biologi]]===
 
Beberapa penyakit mental telah dikaitkan dengan keseimbangan yang tidak normal bahan kimia dalam otak yang digelar sebagai neurotransmitter. Neurotransmitter membantu sel-sel saraf di dalam otak berkomunikasi antara satu sama lain. Jika bahan kimia ini tidak seimbang atau tidak berfungsi dengan betul fungsi otak akan terjejas yang membawa kepada gejala penyakit mental. Di samping itu, kerosakan atau kecederaan pada bahagian tertentu otak juga dikaitkan dengan beberapa keadaan mental.
 
===[[Trauma]] [[psikologi]]===
 
Sesetengah sakit jiwa mungkin dicetuskan oleh trauma psikologi yang dialami semasa zaman [[kanak-kanak]] misalnya penderaan emosi, fizikal, atau seksual yang kehilangan orang tersayang akibat [[Ajal|kematian]] ataupun mereka diabaikan oleh ahli keluarga.
 
===Tekanan tertentu===
Seperti [[Ajal|kematian]] atau [[Perceraian dalam Islam|perceraian]], kehidupan [[keluarga]] yang [[tertekan]], kerap tukar [[kerja]] atau [[sekolah]] dan [[Dadah|penyalahgunaan dadah]] boleh mencetuskan gangguan pada individu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental.
 
== Ciri-ciri Sakit Jiwa<ref>https://www.doctoroncall.com.my/soalan/mental-illness-sakit-jiwa </ref> ==
===Ciri sakit jiwa pada orang dewasa dan remaja===
*Corak pemikiran yang mengelirukan
*[[Kemurungan]] berpanjangan
*Ketakutan dan kebimbangan yang berlebihan
*Kurang [[bersosial]]
*Perubahan dramatik dari segi tabiat [[makan]] atau [[tidur]]
*[[Kemarahan|Panas baran]]
*[[Halusinasi|Melihat atau mendengar perkara yang tidak ada (halusinasi)]]
*Ketidakupayaan untuk menyelesaikan [[masalah]] dan aktiviti harian
*Rasa ingin [[bunuh diri]]
*Pelbagai [[Gejala|simptom]] [[fizikal]] yang tidak dapat dijelaskan
*[[Dadah|Penyalahgunaan dadah]]
 
===Bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah dan Pra-remaja===
 
*[[Dadah|Penyalahgunaan dadah]]
*Ketidakupayaan untuk menyelesaikan masalah dan aktiviti harian
*Perubahan tabiat [[tidur]] atau [[makan]]
*Aduan yang itdak konsisten mengenai penyakit fizikal yang dialami
*Ketidakupayaan untuk menguruskan [[tanggungjawab]] di rumah atau di [[sekolah]]
*Sering terlibat dalam [[masalah sosial]] seperti [[Ponteng|ponteng sekolah]], [[Curi kenderaan|kecurian]] dan / atau [[Laku musnah|vandalisme]]
*Ketakutan yang berlebihan
*Mod [[negatif]] yang berpanjangan dan disertai dengan kurang selera makan atau pemikiran mengenai [[Ajal|kematian]]
*[[Kemarahan]] melampau yang kerap
 
===Bagi kanak-kanak yang masih kecil===
 
*Perubahan dalam prestasi [[sekolah]]
*Perubahan tabiat tidur atau makan
*Kebimbangan yang berlebihan
*Terlalu [[AKTIF|aktif]]/ hiperaktif
*Sering mengalami mimpi ngeri
*Bersifat [[Kemarahan|agresif]]
*Cepat [[marah]]
 
== Perubatan<ref>http://www.myhealth.gov.my/penyakit-mental/ </ref> ==
*Penyakit mental ini boleh diubati.
*Kemajuan dalam bidang perubatan [[moden]] telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental.
*Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan [[ubat]] secara konsisten amat digalakkan.
*Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.
 
== Khidmat Bantuan ==
Semua [[hospital]] dan [[Klinik Kesihatan|klinik kesihatan]] di [[Malaysia]] mempunyai anggota yang telah dilatih untuk memberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar [[psikiatri]] akan dirujuk untuk kes-kes yang rumit.
==Rujukan==
{{Reflist}}
== Lihat Juga ==
*[[Stres]]
*[[Kemurungan]]
*[[Sakit jiwa]]
 
== Pautan luar ==
* [Http://www.nimh.nih.gov/ NIMH.NIH.gov] - 'Working to improve mental health through biomedical research on mind, brain, and behavior', [[National Institute of Mental Health]] ([ [Amerika Syarikat]])
* [Http://www.nimhe.org.uk/ NIMHE.org.uk] - 'Responsible for supporting the implementation of positive change in mental health and mental health services', [[National Institute for Mental Health]] ([ [United Kingdom]])
 
{{Perubatan-stub}}