Ubur-ubur Irukandji: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Irukandji jellyfish"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 14:18, 23 September 2020

Ubur-ubur Irukandji merupakan gelaran bagi beberapa spesies ubur-ubur kotak yang amat berbisa. Dengan ukuran dewasa sekitar satu sentimeter padu (1 cm3), ia merupakan ubur-ubur terkecil dan paling berbisa di dunia. Ubur-ubur ini mendiami perairan laut utara Australia. Ia boleh melepaskan sengat ke dalam mangsa, menyebabkan serantaian gejala yang dikenali sebagai sindrom Irukandji. Terdapat kira-kira 16 spesies Irukandji yang dikenali, antaranya Carukia barnesi, Malo kingi, Malo maxima, Malo filipina dan Malo bella.[1][2][3]

Malo kingi dalam botol plastik jernih.

Gejala sindrom Irukandji pertama kali didokumentasikan oleh Hugo Flecker pada tahun 1952.[4] Ia diberi nama sempena kaum Irukandji yang wilayahnya terbentang di sepanjang pinggir pantai utara Cairns, Queensland.[3][5] Ubur-ubur Irukandji pertama, Carukia barnesi, dikenal pasti pada tahun 1964 oleh Jack Barnes; untuk membuktikan bahawa ia adalah penyebab sindrom Irukandji, beliau menangkap ubur-ubur kecil itu dan membiarkan ia menyengatnya, sementara anak lelakinya yang berusia 9 tahun dan seorang penyelamat memperhatikan gejala-gejalanya (lalu kemudian mengejarkan beliau ke unit rawatan rapi).[6] Ahli toksinologi Australia Jamie Seymour membuat dokumentari mengenai ubur-ubur yang berjudul "Killer Jellyfish".[7][8]

Pada tahun 2015, penyelidik Queensland Utara menemui bukti bahawa ubur-ubur Irukandji aktif memburu mangsa.[9][10]

Taburan

Ubur-ubur Irukandji terdapat di perairan utara Australia. Takat selatan taburan Irukandji di pantai timur Australia semakin berpindah ke arah selatan secara beransur-ansur.

Biologi

 
Gambaran skala ubur-ubur Irukandji dan tentakelnya. Di bawah tudung medusa terdapat dua bentuk polip bagi spesies berkenaan.

Ubur-ubur Irukandji sangat kecil. Ia terdiri daripada tudung sekitar 5 hingga 25 milimeter lebar, dengan empat tentakel yang panjangnya dari beberapa sentimeter hingga satu meter.[11]

Malo maxima yang matang biasanya mempunyai tanda gegelang tisu seperti halo di keliling keempat-empat tentakelnya. Nampaknya, Irukandji yang matanglah sangat berbisa (bagi semua spesies). Pernah ditemui Malo maxima muda tanpa tanda gegelang dan gonad, menunjukkan ketoksikan yang jauh lebih lemah ketika menyengat penyelidik.[3] Sengat (nematosista) berada dalam gumpalan yang berupa gegelang tompok merah kecil di keliling tudung dan di sepanjang tentakel.[11]

Tubuh Irukandji yang bersaiz kecil dan lutsinar menjadikannya sangat sukar untuk dilihat di dalam air. [3]

Tidak banyak yang diketahui mengenai kitaran hidup dan racun ubur-ubur Irukandji. Antara sebabnya, ia sangat kecil dan rapuh dan memerlukan pengendalian dan kurungan khusus. Racunnya sangat kuat. Ubur-ubur ini pernah dituduh menyebabkan kematian loma orang pelancong dalam tempoh tiga bulan di Australia,[12] padahal tiada seorang pun mangsa yang menunjukkan dua ciri universal sindrom Irukandji: permulaan tertangguh (5-40 minit hingga sakit dan 2-12 jam hingga mati) dan penderitaan yang sangat ketara (muntah, sukar bernafas, kesakitan melampau, dll). [13] Para penyelidik menduga bahawa racun tersebut cukup potensi untuk memengsankan dengan cepat mangsa yang terdiri dari ikan-ikan yang kecil dan pantas berenang. Berdasarkan statistik, dipercayai bahawa sindrom Irukandji mungkin disebabkan oleh beberapa spesies ubur-ubur, tetapi hanya Carukia barnesi dan Malo kingi yang selama ini terbukti menyebabkan situasi tersebut.[3][14]

Sengat

Tidak seperti kebanyakan ubur-ubur yang hanya tumbuh sengat pada tentakel, Irukandji juga tumbuh sengat pada tudung. Belum dipastikan apa tujuan ciri unik ini, tetapi diandaikan bahawa ia mempermudah ubur-ubur untuk menangkap mangsa ikan kecil.[3]

Ubur-ubur Irukandji memiliki kemampuan untuk melepaskan sengat dari hujung tentakel dan menyuntikkan bisa.[15]

Begitu parah sengatan ubur-ubur Irukandji sehingga boleh menyebabkan pendarahan otak yang membahayakan nyawa dan menghantar 50-100 orang ke hospital setiap tahun. [16]

Robert Drewe menggambarkan sengatan itu sebagai "100 kali lebih kuat daripada ular tedung dan 1.000 kali lebih kuat daripada tarantula". [17]

Sindrom Irukandji

Sindrom Irukandji dihasilkan oleh sejumlah bisa yang kecil dan menyebabkan kekejangan otot yang tidak tertahan pada lengan dan batang kaki, sakit teruk di bahagian belakang dan ginjal, rasa seolah-olah melecur pada kulit dan muka, sakit kepala, mual, gelisah, berpeluh, muntah, jantung berdenyut cepat, tekanan darah tinggi, dan fenomena psikologi seperti perasaan ajal mendatang.[18] Sindrom ini sedikit sebanyak disebabkan oleh pembebasan katekolamina. [11] Bisanya mengandungi modulator saluran natrium.

Sengatnya meninggalkan rengsa sederhana; sindrom parah tertangguh selama 5–120 minit (purata 30 minit). Gejalanya berlangsung dari beberapa jam hingga beberapa minggu, dan mangsa biasanya memerlukan rawatan di hospital. Bertentangan dengan kepercayaan, para penyelidik dari Universiti James Cook dan Hospital Cairns di hujung utara Queensland mendapati bahawa cuka mendorong pembuangan bisa ubur-ubur. "Kita dapat mengurangkan bebanan bisa pada mangsa sebanyak 50 peratus," kata Profesor Madya Jamie Seymour dari Institut Kesihatan dan Perubatan Tropika Australia di universiti tersebut. "Itu satu jumlah yang besar, yang kami rasa cukup untuk menentukan hidup mati seseorang mangsa."[19] Walau bagaimanapun, hasil kaji selidik lain menunjukkan bahawa walaupun cuka dapat memudahkan pelucutan sengat yang tercetus, ia juga menghalang pelucutan sengat yang tidak tercetus; oleh sebab majoriti sengat tidak tercetus dengan segera, maka Majlis Resusitasi Australia terus mengesyorkan penggunaan cuka.[20]

Rawatan berasaskan gejala, menggunakan antihistamina dan ubat antihipertensi untuk membendung keradangan dan hipertensi, sementara opioid intravena seperti morfin dan fentanil digunakan untuk mengawal kesakitan.[19] Magnesium sulfat digunakan untuk mengurangkan rasa sakit dan hipertensi dalam sindrom Irukandji,[21] tetapi tidak berkesan bagi kes-kes lain.[22]

Ubur-ubur Irukandji biasanya dijumpai di tepi pantai, tertarik dengan air hangat, tetapi pernah ditemui kerumunan ubur-ubur sejauh lima kilometer dari pantai. Satu kes sengatan biasanya tidak menyebabkan maut apabila dirawat dengan baik, tetapi satu kejadian di mana dua orang dipercayai mati akibat sengatan Irukandji di pantai utara Australia pada tahun 2002,[3][23][24][25] meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sindrom Irukandji. Tidak pasti juga berapa banyak kematian lain akibat sindrom Irukandji yang tersalah anggap berpunca daripada sebab lain. Tidak diketahui juga spesies ubur-ubur mana yang boleh menyebabkan sindrom Irukandji selain Carukia barnesi dan Malo kingi.[26]

Rujukan

  1. ^ Gershwin, Lisa-Ann (2007). "Malo kingi: A new species of Irukandji jellyfish (Cnidaria: Cubozoa: Carybdeida), lethal to humans, from Queensland, Australia". Zootaxa. 1659 (1659): 55–68. doi:10.11646/zootaxa.1659.1.2. Dicapai pada 2010-07-23.
  2. ^ Li, R. (2011). "The pharmacology of Malo maxima jellyfish venom extract in isolated cardiovascular tissues: A probable cause of the Irukandji syndrome in Western Australia". Toxicology Letters. 201 (3): 221–9. doi:10.1016/j.toxlet.2011.01.003. PMID 21237252.
  3. ^ a b c d e f g Crew, Becky, "The Smallest and Deadliest Kingslayer in the World," October 7, 2013, Scientific American blog, retrieved Nov. 6, 2016
  4. ^ Pearn, J. H. (1990). "Flecker, Hugo (1884–1957)". Australian Dictionary of Biography, Volume 14. Melbourne University Press. m/s. 182–184. ISBN 978-0-522-84717-8. Dicapai pada 2013-10-01.
  5. ^ Flecker, Hugo (1952-07-19). "Irukandji sting to North Queensland bathers without production of weals but with severe general symptoms". The Medical Journal of Australia. 2 (3): 89–91. doi:10.5694/j.1326-5377.1952.tb100081.x. ISSN 0025-729X. PMID 14956317.
  6. ^ Gussow, Leon (April 2005). "The Amazing and Bizarre Discovery of Irukandji Syndrome : Emergency Medicine News". Emergency Medicine News. 27 (4): 44. doi:10.1097/00132981-200504000-00037.
  7. ^ Barnes, J. (1964). "Cause and effect in Irukandji stingings". Med J Aust. 1 (24): 897–904. doi:10.5694/j.1326-5377.1964.tb114424.x. PMID 14172390.
  8. ^ Li, Ran; Wright, Christine E.; Winkel, Kenneth D.; Gershwin, Lisa-Ann; Angus, James A. (Mar 2011). "The pharmacology of Malo maxima jellyfish venom extract in isolated cardiovascular tissues: A probable cause of the Irukandji syndrome in Western Australia". Toxicol Lett. 201 (3): 221–9. doi:10.1016/j.toxlet.2011.01.003. PMID 21237252.
  9. ^ Branco, Jorge (2015-06-05). "Deadly irukandji jellyfish catch their food like a human fisher". Brisbane Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-04.
  10. ^ "Irukandji jellyfish actively hunt prey researchers find". ABC Far North Qld (dalam bahasa Inggeris). 2015-06-03. Dicapai pada 2018-06-04.
  11. ^ a b c Tibballs, J. (December 2006). "Australian venomous jellyfish, envenomation syndromes, toxins and therapy". Toxicon. 48 (7): 830–59. doi:10.1016/j.toxicon.2006.07.020. PMID 16928389.
  12. ^ "Fifth tourist in 3 months dies while snorkeling at Great Barrier Reef". Fox News. The Sun. 3 February 2017. Dicapai pada 28 June 2017.
  13. ^ {{Gershwin, L., A. J. Richardson, K. D. Winkel, P. J. Fenner, J. Lippmann, R. Hore, G. Avila-Soria, D. Brewer, R. J. Kloser, A. Steven and S. Condie. (2013). Biology and ecology of Irukandji jellyfish (Cnidaria: Cubozoa). Advances in Marine Biology 66: 1-85.}}
  14. ^ Barnes, J. H. (1964-06-13). "Cause And Effect In Irukandji Stingings". The Medical Journal of Australia. 1 (24): 897–904. doi:10.5694/j.1326-5377.1964.tb114424.x. ISSN 0025-729X. PMID 14172390.
  15. ^ Killer Jellyfish, Oasis
  16. ^ Predicting deadly Australian jellyfish movement, Australian Geographic, 13 May 2014
  17. ^ Drewe, Robert (1 November 2015). The Beach: An Australian Passion. National Library of Australia. ISBN 9780642278807 – melalui Google Books.
  18. ^ Carrette, Teresa; Seymour, Jamie. "Jellyfish responsible for causing Irukandji syndrome" (PDF). James Cook University. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-06-08. Dicapai pada 2011-10-02.
  19. ^ a b Greenland, P.; Hutchinson, D.; Park, T. (March 2006). "Irukandji Syndrome: what nurses need to know". Nursing and Health Sciences. 8 (1): 66–70. doi:10.1111/j.1442-2018.2006.00255.x. PMID 16451431.
  20. ^ Wilcox, Christie (9 April 2014). "Should We Stop Using Vinegar To Treat Box Jelly Stings? Not Yet—Venom Experts Weigh In On Recent Study - Science Sushi". Science Sushi. Dicapai pada 28 June 2017.
  21. ^ Corkeron, M.; Pereira, P.; Makrocanis, C. (October 2004). "Early experience with magnesium administration in Irukandji syndrome". Anaesthesia and Intensive Care. 32 (5): 666–9. doi:10.1177/0310057X0403200510. PMID 15535491.
  22. ^ Little, M. (August 2005). "Failure of magnesium in treatment of Irukandji syndrome". Anaesthesia and Intensive Care. 33 (4): 541–2. PMID 16119507.
  23. ^ Fenner, Peter J.; Hacock, John C. (2002-10-07). "Fatal envenomation by jellyfish causing Irukandji syndrome". The Medical Journal of Australia. 177 (7): 362–3. doi:10.5694/j.1326-5377.2002.tb04838.x. ISSN 0025-729X. PMID 12358578.
  24. ^ "Hope for lethal jellyfish cure". BBC News. 2003-01-31. Dicapai pada 2010-05-05.
  25. ^ Lewis, Wendy (2007). See Australia and Die. New Holland Publishers. ISBN 978-1-74110-583-4. Dicapai pada 2013-10-02.
  26. ^ Seymour, Jamie; Carrette, Teresa. "Identification of cubozoans responsible for causing Irukandji syndrome". James Cook University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-19. Dicapai pada 2011-10-02.

Pautan luar