Perang Dunia Kedua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 45:
| casualties2= '''Kematian anggota tentera''':
Melebihi 8,000,000
'''Kematian orang awam''':
Melebihi 4,000,000
'''Jumlah kematian'''
Melebihi 12,000,000
(1947-45)
[[Korban Perang Dunia Kedua|...''perincian lanjut''.]]

'''Perang Dunia Kedua''' ('''Perang Dunia Ke-2''' atau '''Perang Dunia II''') ialah [[peperangan]] global yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini membabitkan lebih dari 100 juta orang dari lebih 30 buah negara di seluruh dunia yang kebanyakannya melibatkan dua pakatan terbesar iaitu [[Kuasa Bersekutu]] (perikatan negara-negara [[Empat Polis|pembesar berempat]] iaitu [[United Kingdom]], [[Amerika Syarikat]], [[Kesatuan Soviet]] dan [[China]]) serta [[Kuasa Paksi]] (perikatan negara-negara [[Jerman Nazi]], [[Itali]] dan [[Jepun]]), dengan pertempuran di beberapa medan utama yang berlaku secara serentak. Negara-negara utama yang terlibat dalam perang ini menggunakan seluruh kemampuan ekonomi, industri, dan ilmiah mereka di sebalik usaha perang, mengaburkan perbezaan antara sumber awam dan ketenteraan. Perang Dunia Kedua turut mengakibatkan kerosakan harta benda dan angka korban yang paling tinggi dalam sejarah dunia moden, dengan mengorbankan kira-kira 70 hingga 85 juta nyawa. Puluhan juta orang terkorban disebabkan oleh [[Pembasmian kaum|genosid]] (termasuk [[Holokus]]), pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan penyakit. Perang Dunia Kedua turut mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan besar buat pertama kalinya kerana meliputi [[pengeboman strategik]] terhadap kawasan-kawasanpusat penduduk dan penggunaan [[senjata nuklear]] dalam perang. Bahkan, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan udara [[Jerman]] terhadap [[Poland]] pada September 1939, sementara operasi pertempuran terakhir ialah [[Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki|serangan bom atom Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki]] di [[Jepun]] pada Ogos 1945.

Peperangan ini juga memperlihatkan Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman, Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia yang membawa kepada [[Perang Dingin]]. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] pada Oktober 1945 selepas tamatnya perang tersebut, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang berskala besar dan membinasakan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.