Pandemik COVID-19 di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
k Mengemaskini jumlah kes positif, kes sembuh yang baru
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 27:
Tindak balas perubatan terhadap wabak ini diselia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. [[Noor Hisham Abdullah]] di bawah [[Kementerian Kesihatan Malaysia|Kementerian Kesihatan]] dua [[Kerajaan Persekutuan Malaysia|kerajaan]] berturut-turut. Persiapan untuk menyimpan peralatan, mengesan dan memantau kes serta merawat pesakit COVID-19 dilaporkan telah dimulakan pada 6 Januari 2020, berikutan laporan [[Pertubuhan Kesihatan Sedunia]] (WHO) mengenai wabak "pneumonia yang tidak diketahui puncanya" pada akhir bulan Disember 2019 di bandar [[Wuhan]], [[Hubei]].<ref>https://kpkesihatan.com/2020/01/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-januari-2020-makluman-kejadian-kejadian-kluster-radang-paru-paru-pneumonia-di-wuhan-republik-rakyat-china/</ref> Ekoran daripada peningkatan mendadak kes pada bulan Mac, [[Yang di-Pertuan Agong]] telah menyatakan kebimbangan besar baginda terhadap wabak yang semakin merebak.<ref>{{cite web|url=https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/572487/agong-expresses-concern-over-jump-covid-19-cases|title=Agong expresses concern over jump in Covid-19 cases|date=7 Mac 2020|work=Bernama|language=en|via=New Straits Times|url-status=live|archive-url=https://web.archive.org/web/20200314025601/https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/572487/agong-expresses-concern-over-jump-covid-19-cases|archive-date=14 Mac 2020|accessdate=14 March 2020}}</ref><ref>https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/03/07/agong-bimbang-covid</ref> Oleh itu, langkah-langkah untuk memerangi perebakan wabak ini di dalam negara kemudiannya diumumkan oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] melalui siaran langsung seluruh negara pada 13 Mac 2020.<ref>{{cite web|url=http://www.dailyexpress.com.my/news/148684/covid-19-pm-outlines-several-key-measures/|title=Covid-19: PM outlines several key measures|date=14 Mac 2020|work=Bernama|language=en|via=Daily Express|url-status=live|archive-url=https://web.archive.org/web/20200314024442/http://www.dailyexpress.com.my/news/148684/covid-19-pm-outlines-several-key-measures/|archive-date=14 Mac 2020|accessdate=14 Mac 2020}}</ref> Pada 16 Mac 2020, [[kerajaan Malaysia]] telah mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan untuk melaksanakan [[Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020|Perintah Kawalan Pergerakan]] (PKP) yang akan berkuat kuasa dari 18 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengurangkan penyebaran COVID-19 melalui [[Penjarakan fizikal|penjarakan sosial]].<ref name="nationwide lockdown">{{cite web|url=https://www.scmp.com/week-asia/health-environment/article/3075456/coronavirus-malaysias-prime-minister-muhyiddin-yassin|title=Coronavirus: Malaysia in partial lockdown from March 18 to limit outbreak|last=Sukumaran|first=Tashny|date=16 Mac 2020|work=South China Morning Post|language=en|url-status=live|archive-url=https://web.archive.org/web/20200316155922/https://www.scmp.com/week-asia/health-environment/article/3075456/coronavirus-malaysias-prime-minister-muhyiddin-yassin|archive-date=16 Mac 2020|accessdate=16 Mac 2020}}</ref><ref name="Malaysia nationwide lockdown">{{cite web|url=https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/16/pm-malaysia-in-lockdown-from-wed-until-march-31-all-shops-closed-except-for/1847204|title=PM: Malaysia under movement control order from Wed until March 31, all shops closed except for essential services|last=Bunyan|first=John|date=16 Mac 2020|work=The Malay Mail|language=en|url-status=live|archive-url=https://web.archive.org/web/20200316160541/https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/16/pm-malaysia-in-lockdown-from-wed-until-march-31-all-shops-closed-except-for/1847204|archive-date=16 Mac 2020|accessdate=16 Mac 2020}}</ref> [[Jabatan Peguam Negara Malaysia|Jabatan Peguam Negara]] (AGC) juga menerbitkan pewartaan persekutuan pada 18 Mac 2020 yang menyekat individu daripada merentas negeri yang telah diisytiharkan sebagai kawasan terjejas koronavirus.<ref>http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20200318_PUA91_2020.pdf</ref><ref>https://www.malaysiakini.com/news/515556</ref> Pada 25 Mac 2020, PKP dilanjutkan dua minggu hingga 14 April 2020 oleh sebab kadar kes baru setiap hari yang kekal tinggi secara konsisten.<ref>https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669053/covid-19-pkp-dilanjutkan-hingga-14-april-ini-pm</ref> Pada 10 April 2020, Perdana Menteri mengumumkan bahawa PKP akan dilanjutkan hingga 28 April 2020, manakala PKP seterusnya diumumkan beliau pada 23 April 2020 bahawa ia akan dilanjutkan hingga 12 Mei 2020.<ref>https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/675471/covid-19-pkp-dilanjutkan-hingga-28-april</ref><ref>https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680896/pkp-dilanjutkan-2-minggu-lagi-hingga-12-mei</ref> Pelonggaran sekatan secara beransur-ansur dilaksanakan secara bertahap, pertama dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 1 Mei 2020, yang membenarkan kebanyakan sektor perniagaan dibuka pada 4 Mei 2020 di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun 2020.<ref>https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/685046/pkpb-diwartakan-semua-negeri-perlu-patuh-ismail-sabri</ref><ref>https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1837419</ref><ref>https://www.pmo.gov.my/2020/06/teks-ucapan-pelaksanaan-perintah-kawalan-pergerakan-pemulihan-pkpp/</ref> Pada asalnya, PKPP dijadualkan berakhir pada 31 Ogos 2020, tetapi ia telah dilanjutkan lagi hingga 31 Disember 2020, dengan beberapa sektor terpilih yang kekal ditutup serta penguatkuasaan sekatan perjalanan yang ketat dari beberapa buah negara akibat pengesanan kes import yang berterusan.<ref>https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/725656/pkpp-disambung-hingga-31-disember</ref><ref>https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-dari-uk-as-india-indonesia-antara-23-negara-dilarang-masuk-malaysia-mulai-hari-ini-258384</ref>
 
Pada awalnya melaporkan jumlah kes tertinggi di Asia Tenggara pada bulan Mac dan awal bulan April, kes aktif harian di Malaysia telah menurun dengan stabil daripada kemuncak 2,596 kes aktif pada awal bulan April kepada turun naik bawah 250 kes aktif pada akhir bulan Jun. Jumlah kes negara ini sejak itu diatasi oleh [[Pandemik COVID-19 di Filipina|Filipina]] (pada 14 April), [[Pandemik COVID-19 di Indonesia|Indonesia]] (pada 15 April), [[Pandemik COVID-19 di Singapura|Singapura]] (pada 18 April), dan [[Pandemik COVID-19 di Myanmar|Myanmar]] (pada 28 September), tetapi keparahan wabaknya tetap lebih teruk daripada negara jiran seperti [[Pandemik COVID-19 di Thailand|Thailand]], [[Pandemik COVID-19 di Vietnam|Vietnam]], [[Pandemik COVID-19 di Kemboja|Kemboja]], [[Pandemik COVID-19 di Brunei|Brunei]] dan [[Pandemik COVID-19 di Laos|Laos]] dengan jumlah kematian lebih tinggi daripada Thailand, Singapura, Vietnam, Brunei, Kemboja dan Laos. Lonjakan kes secara berkala daripada kluster selanjutnya dalam komuniti setempat, enklaf imigran, pusat tahanan imigresen, penjara, dan kemudahan kesihatan terus dilaporkan sejak letusan awal wabak. Pada bulan September dan awal bulan Oktober 2020, berlaku semula peningkatan kes yang mendadak di seluruh negara susulan daripada peletusanletusan wabak di [[Sabah]].
 
Setakat 20 Oktober 2020, terdapat sebanyak 22,225 kes yang telah disahkan di Malaysia dengan sebanyak 14,351 kes sudah pulih sepenuhnya dan 193 kes kematian serta 7,681 kes masih aktif. {{Sejarah Malaysia}}