Kapal terbang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
'''Kapal terbang''' ([[Tulisan Jawi]]: '''كاڤل تربڠ''') ialah [[pesawat]] [[pesawat sayap tetap|sayap tetap]] berkuasa yang bergerak ke hadapan oleh [[tujahan]] daripada [[enjin jet]], kipas atau enjin roket agar dapat berkeupayaan [[penerbangan|terbang]]. Kapal terbang terdiri daripada pelbagai saiz, bentuk dan tatarajah sayap.
 
Kenderaan ini digunakan secara meluas dalam segenap tujuan termasuklah untuk [[rekreasi]], [[penerbangan|pengangkutan]] orang dan barangan, [[penerbangan tentera|ketenteraan]] dan penyelidikan. Lebih daripada empat bilion orang penumpang diterbangkan secara komersial setahun dengan [[kapal terbang penumpang]] seluruh dunia<ref>{{Cite news|url=https://www.channelnewsasia.com/news/world/global-air-traffic-hits-new-record-9871730|title=Global air traffic hits new record|last=Editors|first=|date=|work=Channel NewsAsia|access-date=12 Mei 2018 |language=en-US}}</ref> dan mengangkut lebih daripada 200 bilion tan-kilometer kargo setahun, iaitu kurang daripada 1% daripada pergerakan kargo sedunia.<ref>{{Cite web|url=http://www.boeing.com/resources/boeingdotcom/commercial/about-our-market/cargo-market-detail-wacf/download-report/assets/pdfs/wacf.pdf|title=World Air Cargo Forecast: 2016–2017|last=Crabtree|first=Tom|last2=Hoang|first2=Tom|last3=Tom|first3=Russell|date=2016|website=Boeing Aircraft|archive-url=|archive-date=|dead-url=|access-date=12 Mei 2018}}</ref> Kebanyakan kapal terbang diterbangkan oleh juruterbang, tetapi terdapat beberapa jenis kapal terbang yang boleh dikawal secara jauh atau komputer.
 
==Sejarah==
Kenderaan ini pertama kali dikembangkan diterbangkan pertama kali oleh adik-beradik [[Orville Wright]] dan [[Wilbur Wright]] dengan menggunakan pesawat rancangan sendiri yang dinamakan ''Flyer'' yang diluncurkan pada tahun [[1903]] di Ohio, [[Amerika Syarikat]].
 
== Prinsip penerbangan ==
=== Sayap ===
Sebuah kapal terbang perlu menjana tujahan sendiri agar dapat melepasi permukaan tanah yang umumnya disebabkan peralihan menyeimbangkan [[tekanan udara]]. [[Sayap]] kapal terbang direka khusus dengan bentuk ahagian atasnya yang melengkung lalu angin dapat mengalir lebih cepat di atas sayap berbanding angin di bawah sayap lalu menyebabkan tekanan udara lebih rendah di atas sayap. Perbezaan ini seterusnya akan menciptakan tujahan pada sayap.
 
=== Aerodinamik ===
{{Main|Aerodinamik}}
Pada prinsipnya, terdapat 4 gaya utama yang bertindak dalam penerbangan sesebuah kapal terbang yakni daya dorong (''thrust'' T), daya hambat (drag D), daya tujaht (''lift'' L), dan berat pesawat (''weight'', W).
 
Ketika kapal pesawat sedang menjelajah (cruise) pada kelajuan dan ketinggian yang malar, keempat-empat daya ini berada dalam keseimbangan:
 
<math>T = D</math> dan L = W.
 
Sedangkan pada saat pesawat lepas landas dan mendarat, terjadi pecutan dan nyahpecutan yang dapat dijelaskan menggunakan [[Hukum Newton Kedua]] (total gaya adalah sama dengan jisim dikalikan dengan pelajuan).
 
Kapal yang berlepas dari landasan (''take-off'') mengalami [[Pecutan|pemecutan]] dalam arah mengufuk dan mendatarl. Pada saat ini, L harus lebih besar dari W, demikian juga T lebih besar dari D. Dengan hal demikian, daya mesin yang besar diperlukan saat melepasi landasan. Pelepasan ini boleh gagal disebabkan kurangnya daya mesin (atas berbagai fakor: kerosakan mekanikal, ralat perbuatan manusia, gangguan persekitaran dan sebagainya), atau gangguan pada sistem kawalan pesawat.
 
==Jenis kapal==
{{bahagian kosong|date=November 2020}}
 
==Rujukan==