Chulalongkorn: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Dibalikkan
Baris 43:
 
==== Pelajaran ====
Pelajaran Barat semakin berkembang semasa pemerintahan Chulalongkorn. Pada tahun 1878, arahan telah dikeluarkan mendesak anak-anak golongan bangsawan dihantar ke istana untuk mendapat pelajaran Barat. Semasa Chulalongkorn, pelajaran Barat bukan sahaja terbuka kepada anak-anak golongan bangsawan tetapi juga anak-anak rakyat biasa, terutamanya selepas penubuhan sekolah harian sejak tahun 1884. selain itu, pelajar-pelajar Siam bukan sahaja mendapat pelajaran Barat di Siam, tetapi juga di seberang laut. Kira-kira 300 pelajarajar Siam dihantar ke seberang laut tiap-tiap tahun. Untuk memajukan pelajaran, Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1887 dengan bantuan pegawai pelajaran British iaitu Cangbell. Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, maktab-maktab latihan pengurusan didirikan. D.G.E. Hall dalam bukunya “A History of South East Asia” menegaskan perkembangan pelajaran Barat berlaku kerana terdapat 3 bentuk sekolah yang dikuasai sepenuhnya guru-guru British pada tahun 1890-an. Sekolah-sekolah tersebut ialah Maktab Raja 1878 untuk anak-anak lelaki golongan bangsawan, Sunandalaya 1883 untuk anak perempuan golongan bangsawan dan sekolah harian 1884 untuk anak lelaki kelas pertengahan.
 
==== Adat ====