Pyotr I dari Rusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
[[Fail:Peter der-Grosse 1838.jpg|thumb|220px|'''Pyotr I Agung''': Tingginya 2.03 meter (6 kaki 8 inci), dengan mata hijau yang besar.]]
 
'''Pyotr I Agung''' ([[bahasa Rusia]]: Пeтр I Алексеевич atau ''Pyotr I Alekseyevich'') (Pyotr, Alexeyevich Romanov) ([[9 Jun]] [[1672]][[8 Februari]] [[1725]]) ialah Maharaja [[Rusia]] dari [[7 Mei]] [[1682]] sehingga kemangkatannya. Sebelum tahun [[1696]], baginda memerintah bersama-sama dengan [[Ivan V dari Rusia|Ivan V]], kakanda tirinya yang sakit dan lemah. Pyotr melaksanakan dasar "[[Pembaratan]]" dan pengembangan, dan mengubahkan [[Rusia Muskovit]] menjadi sebuah kuasa [[Eropah]] yang utama.
== Keputeraan ==
 
Pyotr, putera kepada [[Alexis I dari Rusia|Alexei Mikhailovich]] dari Rusia dan isteri keduanya, [[Nataliya Kyrillovna Naryshkina]], dilahirkan di [[Moscow]]. Sebelum [[perkahwinan]] ini, Alexei I telah berkahwin dengan [[Maria Miloslavskaya]], dan dikurniakan lima orang putera dan lapan orang puteri, walaupun hanya dua orang putera — [[Feodor III dari Rusia|Fyodor III]] <ref>Adanya setakat kekeliruan terhadap transliterasi daripada [[huruf Cyril]] dipakai [[bahasa Rusia]] kepada abjad Latin. Walaupun kelainan "Feodor" sering muncul, seperti dalam judul rencana rujukan, "Fyodor", seperti yang ditulis di sini, merupakan ejaan yang lebih tepat. Padanan huruf Cyrillic Rusia ialah Фёдор, dengan huruf kedua <nowiki>[</nowiki>[[ё]]<nowiki>]</nowiki> mempunyai bunyi "yo". Perhatian harus diambil bahawa bentuk ё amat jarang digunakan dalam cetakan. [[Dieresis]]nya hampir selalu dibuang supaya meninggalkan e yang tidak berhias, kecuali jika teks itu merupakan buku teks peringkat permulaan yang mensasarkan kanak-kanak yang masih belum belajar membaca.</ref> dan [[Ivan V]] — masih hidup ketika Pyotr dilahirkan. Alexei I mangkat pada tahun [[1676]], dan diwarisi oleh anakputera tertuanya yang hidup, dan yang menjadi Fyodor III.
 
== Kehidupan awal ==
Pyotr, putera kepada [[Alexis I dari Rusia|Alexei Mikhailovich]] dari Rusia dan isteri keduanya, [[Nataliya Kyrillovna Naryshkina]], dilahirkan di [[Moscow]]. Sebelum [[perkahwinan]] ini, Alexei I telah berkahwin dengan [[Maria Miloslavskaya]], dan dikurniakan lima orang putera dan lapan orang puteri, walaupun hanya dua orang putera — [[Feodor III dari Rusia|Fyodor III]] <ref>Adanya setakat kekeliruan terhadap transliterasi daripada [[huruf Cyril]] dipakai [[bahasa Rusia]] kepada abjad Latin. Walaupun kelainan "Feodor" sering muncul, seperti dalam judul rencana rujukan, "Fyodor", seperti yang ditulis di sini, merupakan ejaan yang lebih tepat. Padanan huruf Cyrillic Rusia ialah Фёдор, dengan huruf kedua <nowiki>[</nowiki>[[ё]]<nowiki>]</nowiki> mempunyai bunyi "yo". Perhatian harus diambil bahawa bentuk ё amat jarang digunakan dalam cetakan. [[Dieresis]]nya hampir selalu dibuang supaya meninggalkan e yang tidak berhias, kecuali jika teks itu merupakan buku teks peringkat permulaan yang mensasarkan kanak-kanak yang masih belum belajar membaca.</ref> dan [[Ivan V]] — masih hidup ketika Pyotr dilahirkan. Alexei I mangkat pada tahun [[1676]], dan diwarisi oleh anak tertuanya yang hidup, dan yang menjadi Fyodor III.
 
== Perebutan takhta ==
Pemerintahan Fyodor III yang tidak ada peristiwa menarik berakhir enam tahun kemudian. Oleh sebab Fydor tidak mempunyai sebarang anak, pertikaian tentang pewarisan antara keluarga-keluarga Naryshkina dan Miloslavskaya, tercetus. Sepatutnya, Ivan merupakan orang pertama dalam susunan pewarisan, tetapi beliau uzur dan tidak tegas. Oleh itu, [[Boyar|Boyar Duma]] (majlis bangsawan Rusia) melantik Pyotr yang ketika itu berumur sepuluh tahun untuk menjadi Tsar, dengan bondanya merupakan pemangku raja. Akan tetapi [[Sophia Alekseyevna]], puteri Alexei daripada perkahwinan pertamanya, mengetuai satu pemberontakan [[Streltsy]] (kor tentera elit Rusia) dan dalam pertempuran yang menyusul, banyak daripada saudara dan kawan Pyotr dibunuh — Pyotr juga menyaksikan salah satu bapa saudaranya dibunuh oleh kumpulan perusuh. Kenangan keganasan ini mungkin mengakibatkan [[Trauma psikologi|trauma]] semasa tahun-tahun awal Pyotr.
[[Fail:Young Peter the Great of Russia.jpg|thumb|left|220px|Pyotr, semasa muda dengan alat kebesaran diraja.]]
 
Sophia mendesak bahawa Pyotr dan Ivan diisytiharkan sebagai tsar bersama, dengan Ivan merupakan tsar kanan. Selain itu, Sophia bertindak sebagai pemangku raja semasa tempoh belum dewasa kedua-dua raja, dan memegang segala kuasa. Satu lubang besar dipotong pada belakang [[singgahsana]] dua tempat duduk yang digunakan oleh Ivan dan Pyotr, supaya Sophia dapat duduk di belakang mereka, dan mendengar ketika Pyotr berbincang dengan orang-orang bangsawan. (Singgahsana ini boleh dilihat di [[muzium]] [[Kremlin]] di Moscow.) Sophialah yang memberikan Pyotr maklumat dan jawapan terhadap soalan-soalan dan masalah-masalah yang dikemukakan oleh golongan bangsawan.

Selama tujuh tahun, Sophia memerintah sebagai [[Autokrasi|autokrat]]. Semasa itu, Pyotr tidak amat peduli bahawa orang-orang lain yang memerintah atas namanya. Baginda melibatkan diri dalam kegiatan membina [[kapal]] dan belayar. Kapal-kapal yang dibinanya digunakan untuk beberapa perang olok-olok. Bonda Pyotr memaksanya untuk mengamalkan kehidupan yang lebih menurut kebiasaan dan mengatur perkahwinannya dengan [[Eudoxia Lopukhina]] pada [[1689]]. Perkahwinan itu gagal dengan begitu teruk dan sepuluh tahun kemudian, Pyotr memaksa isterinya menjadi [[biarawati]] dan dengan itu, membebaskan diri daripada perkahwinan mereka.
 
Menjelang [[musim panas]] pada tahun [[1689]], Pyotr merancang untuk mengambil alih kuasa daripada Sophia, kakakandakakanda tirinya, yang kedudukannya telah dilemahkan oleh dua buah [[Perang Krimea|kempen Krimea]] yang tidak berjaya. Apabila Sophia kedapatan tujuan Pyotr, Sophia berkomplot dengan pemimpin-pemimpin ''streltsy''. Malangnya Sophia, Pyotr telah diberikan amaran oleh Stretsy, dan melarikan diri pada waktu tengah malam ke biara yang tidak dapat ditempuh yang terletak di [[Troitsky]]; di sana, baginda mengumpulkan penyokong-penyokongnya yang mempercayai bahawa baginda akan memenangi perebutan kuasa itu. Sophia digulingkan, dan Pyotr I dan Ivan V meneruskan pemerintahan sebagai tsar bersama. Pyotr memaksa Sophia menjadi biarawati, serta melepaskan nama dan kedudukannya sebagai ahli keluarga diraja.
 
Walaupun begitu, baginda masih tidak dapat menguasai hal ehwal Rusia. Sebaliknya, kuasanya dipegang oleh bondanya, Nataliya Naryshkina. Hanya selepas Nataliya meninggal dunia pada tahun [[1694]] barulah Pyotr benar-benar bebas. Secara rasmi, Ivan V masih merupakan raja bersama dengan baginda, walaupun tidak berkesan. Pyotr menjadi raja tunggal selepas kemangkatan Ivan pada tahun [[1696]].