Televisi Republik Indonesia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Hongqilim (bincang | sumb.)
Baris 109:
Idea awal untuk mengasaskan sebuah stesen televisyen Indonesia dikemukakan oleh Menteri Penerangan [[Maladi]] sejauh tahun 1952. Tegasan beliau pada masa itu adalah bahawa ia akan menjadi berguna untuk sosialisasi [[Pilihan raya perundangan Indonesia 1955|pilihan raya umum 1955 akan datang]], tetapi idea tersebut gagal kerana dianggap sebagai terlalu mahal oleh kabinet Soekarno.<ref>{{Citation|title=Armando|date=2003|url=http://dx.doi.org/10.1093/gao/9781884446054.article.t004082|work=Oxford Art Online|publisher=Oxford University Press|access-date=2020-06-04}}</ref>
 
Sebagai sebahagian daripada projek persediaan untuk [[Sukan Asia 1962]] yang akan diadakan di Jakarta, kerajaanpemerintah Indonesia bercadang untuk memasukkan pengasasan sebuah stesen televisyen kebangsaan dalam projek tersebut pada tahun 1961. Kemudian pada tahun itu, ''Panitia Persiapan Televisi'' (Jawatankuasa Penyediaan Televisyen) telah dibentuk oleh Kementerian Penerangan Indonesia. Pada 23 Oktober, Presiden [[Soekarno]] mengarahkan untuk bina sebuah studio atas tanah yang asalnya dirancangkan untuk gunaan Akademi Penerangan (AKPEN) di Senayan, Jakarta dan dua menara televisyen, dan juga menyediakan program-program dan sumber manusia.
 
TVRI terbentuk berdasarkan Surat Ketetapan Menteri Penerangan Republik Indonesia No. 20/SK/VII/61, kemudian ia menjadi sebahagian daripada Biro Radio dan Televisyen di bawah Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia IV pada Sukan Asia 1962. TVRI membuat siaran percubaannya yang pertama semasa sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia dari [[Istana Merdeka]] pada 17 Ogos 1962. TVRI mula beroperasi dengan mengudarakan upacara pembukaan Sukan Asia 1962 pada 24 Ogos 1962. Ia turut menyiarkan acara Sukan Asia; siaran langsung diadakan dari pagi hingga petang dan siaran tertunda pula diadakan dari 20:45 hingga 23:00 [[Waktu Indonesia Barat|WIB]]. Dengan kehadiran TVRI, Indonesia menjadi negara keenam di Timur Asia yang mempunyai stesen televisyen, di belakang [[Jepun]], [[Filipina]], [[Thailand]], [[China]] dan [[Korea Selatan]].