Rama-rama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengembangan
kTiada ringkasan suntingan
Baris 13:
 
== Perbezaan dengan kupu-kupu ==
Kupu-kupu dan [[rama-rama]] boleh tampak samar-samar sama apabila diperhatikan dari jauh sehingga dikelirukan dan bertindih pengungkapan ia. Perbezaan fizikal utama ialah pada [[sesungut]]: kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen langsing dan berbentuk belantan di hujungnya sementara sesungut rama-rama pula lebih berbulu.<ref name="MajalahSains"/> Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan [[sayap]]nya apabila berehat sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat. Sayap rama-rama juga cenderung berwarna pudar kusam memudahkan [[penyamaran]] dalam persekitaran sekeliling berbanding kupu-kupu yang mempunyai corak warna-warni dan benderang.<ref name="MajalahSains">{{Cite magazine|last=Intan Fazria Ridwan|last2=Chong Ju Lian|date=3 Jun 2019|title=Rama-Rama & Keunikannya|url=https://www.majalahsains.com/rama-rama-keunikannya/|magazine=Majalah Sains}}</ref>
 
Kebanyakan kupu-kupu [[diurnal|aktif pada siang hari]] manakala rama-rama [[nokturnal|aktif pada malam hari]].
Baris 19:
==Tabiat==
===Ketertarikan kepada cahaya===
Rama-rama dapat ditemukan terbang mengelilingi [[cahaya]] buatan manusia seperti [[lampu]]. Satu hipotesis yang dapat diajukan untuk menjelaskan fenomena ini adalah kemungkinan adanya sifat pengemudian orientasi lintang (''transverse orientation'') yang bergantung kepada [[jasad samawi|jasad-jasad samawi]] seperti [[bintang]] dan [[bulan]] menentukan sudut tetap membantu rama-rama terbang pada garis lurus.
 
Jasad-jasad ini cukup jauh dari bumi sehingga tidak ada perbedaan sudut yang dapat dirasai rama-ramai. Namun, jarak cahaya buatan manusia yang dekat dengan persekitaran difikirkan memaksa rama-rama membelok agar selaras dengan sudut yang dimudahkan untuk terbang. Hal ini sebaliknya mengakibatkan laluan terbang rama-rama menjadi berpilin semakin mendeka pada sumber cahaya.<ref>{{cite web | title=Why Are Moths Attracted to Flame? |work=All Things Considered |publisher=National Public Radio | url=https://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=12903572 | date=18 Ogos 2007 }}</ref>