Gautama Buddha: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 3:
[[File:Hong Kong Budha.jpg|thumb|311x311px|right|]]
 
'''Gautama Buddha''' ; [[Jawi]]: '''ݢاوتاما بودا''' (kk [[563|563 SM]]-kk [[483 SM]]) adalah seorang ahli fikir dari [[India]] dan juga pengasas [[agama Buddha]]; lahir di [[Kapilavastu]] yang kini terletak di negara [[Nepal]]. Beliau adalah anak kepada ketua kasta pahlawan [[Sakya]] dan dikenali sebagai ''Siddhartha'' pada masa mudanya dan kemudiannya sebagai ''Sakyamuni'', iaitu Orang Bijaksana Sakya. Panggilan "Gautama Buddha" sebenarnya merupakan kombinasi nama keluarganya, "Gautama" dengan perkataan 'Buddha', iaitu, orang yang telah mencapai penerangan sempurna.
 
Menurut semua aliran agama Buddha, pengasas Buddha ialah '''Siddhārtha''' (Sanskrit) atau '''Siddhattha''' (Pāli) Gautama (Pāli: Gotama) yang dilahirkan di hutan kecil [[Lumbinī]] yang berdekatan dengan pekan Kapilavastu (Pāli: Kapilavatthu), iaitu ibu kota kerajaan Śākyas (Pāli: Sakyas). Lumbinī terletak di selatan [[Nepal]]. Kedudukan ini dicatatkan pada tiang [[Raja Aśoka]].