Hafiz Hamidun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Pengemasan.
Baris 20:
 
==Kehidupan awal==
Beliau dilahirkan di [[Sitiawan]], [[Perak Darul Ridzuan|Perak]]<ref>{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pengorbanan-hafiz-hamidun-1.211573|title=Pengorbanan Hafiz Hamidun|work=[[Sinar Harian]]|date=5 September 2017|accessdate=21 April 2018|url-status=dead|archive-url=http://web.archive.org/web/20170907054332/http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pengorbanan-hafiz-hamidun-1.211573|archive-date=7 September 2017}}</ref> pada 21 September 1984. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik kepada pasangan Hamidun Mat Rasul dan Laila Sarji. Hafiz membesar di Kampung Changkat Jong, [[Teluk Intan]].<ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/hafiz-juara-perancang-8232-masa-depan-1.170976|title=Hafiz... Juara perancang masa depan|author=Amira Amaly Syafaat|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=20 Disember 2015|accessdate=13 Januari 2018|archive-url=http://web.archive.org/web/20151225062739/http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/hafiz-juara-perancang-8232-masa-depan-1.170976|archive-date=25 Disember 2015}}</ref>
 
Beliau mendapat pendidikan awal pada 1990 di Tadika KEMAS Changkat Jong, Teluk Intan, Perak. Kemudian pada tahun 1991 beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak dari darjah 1 hingga 6. Setelah tamat UPSR pada tahun 1996, beliau diterima masuk ke Sekolah Izuddin Shah, Ipoh di tingkatan satu (Januari 1997) namun beliau hanya sempat bersekolah di sana selama sebulan. Pada Februari 1997 beliau meneruskan pelajarannya di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) PDRM Kulim. Selepas tamat PMR pada tahun 1999 beliau berpindah ke [[Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak]], Teluk Intan, Perak sehingga 2001.
 
Selepas tamat SPM pada tahun 2001, beliau meneruskan pengajian di [[Universiti Islam Antarabangsa Malaysia|Universiti Islam Antarabangsa Malaysia]] (UIAM)]] dan bidang Undang-Undang pada tahun 2002 seterusnya menyambung pengajian dalam bidang Muzik di [[Universiti Teknologi MARA|Universiti Teknologi MARA]] (UiTM) Shah Alam]] pada tahun 2005. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya ke [[Universiti Islam Antarabangsa Malaysia|Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)]] di Petaling Jaya dalam jurusan Matrikulasi Sains Kemanusiaan, sebelum berpindah masuk ke Matrikulasi Undang-undang.
 
==Kerjaya==