4U2C: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Baris 38:
Pada tahun 1994, 4U2C telah menerbitkan album kedua mereka yang berjudul ''2BD#1'' yang juga mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menampilkan lagu-lagu seperti “2BD#1” dan “Simfoni”.
 
Antara tahun 1992 sehingga 1996, genre pop rap di Malaysia menjadi trend utama industri muzik di Malaysia dengan munculnya kumpulan-kumpulan yang mengetengahkan muzik rap termasuk [[KRU]], [[Nico]], [[Krash Kozz]], City Kids dan Les Enfant serta kumpulan rap wanita [[Feminin (kumpulan muzik)|FeminimFeminin]], [[Res 2]], M’steen dan Elite. Lagu “2BD#1” dianggap sebagai lagu yang melaungkan penguasaan 4U2C dalam genre rap yang menguasai popularity mengatasi kumpulan-kumpulan lain. Ini jelas dalam sebahagaian lirik lagu tersebut yang menyatakan “Pada rappers lain, jangan cuba bersaing, nanti kamu jatuh, runtuh dan terus lumpuh”.
 
Dominasi kumpulan 4U2C tidak dapat disangkal apabila sebuah syarikat pengeluar minuman tin, SBM Trading Sdn Bhd telah mengikat kontrak dengan 4U2C untuk mewakili jenama baru minuman dalam tin yang bernama “RAP”.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2442879/artis-pelaris-barangan|title=Artis pelaris barangan|author=Zulkefli Ali|publisher=[[Berita Minggu]]|date=6 Februari 1994|accessdate=24 Februari 2020}}</ref>