Universiti Teknologi MARA: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Pencapaian: citation
Menambah peristiwa ketika penaikatarafan.
Baris 49:
=== Pengembangan dan Pertumbuhan ===
 
Pada tahun [[1967]], Maktab MARA dinaiktaraf ke ''Institut Teknologi MARA (ITM)''. Penubuhannya adalah sebagai respons kepada keperluan di Malaysia untuk profesional yang terlatih, terutama di kalangan bumiputera. Kekurangan ini dikenalpasti melalui peninjauan tenaga kerja yang dijalankan oleh kerajaan pada 1965 dengan kerjasama [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]]. Melalui pengiktirafan MARA bahawa pendidikan memegang kunci kepada proses kejuruteraan sosial yang positif, ITM telah menolong membuatkan pendidikan mudah diakses terutamanya kepada orang Melayu bumiputera, bumiputera pribumi semenanjung Melayu (seperti [[Jakun]], [[Senoi]]), dan penduduk dari Malaysia Timur (seperti [[Kadazan-Dusun]], [[Melanau]], dan [[Dayak]]). ITM memenuhi kursus separuh profesional di bidang sains dan teknologi dalam bidang seperti kejuruteraan, sains gunaan dan seni bina, bangunan dan perancangan. Walau bagaimanapun, menyedari kepentingan bidang pembinaan negara pelengkap yang lain, ITM juga telah merangkumi pelbagai bidang yang berasaskan pengurusan dan kemanusiaan yang penting seperti kajian perniagaan, pengurusan hotel dan katering, komunikasi massa, pentadbiran awam, undang-undang, sains kesetiausahaan , serta seni dan reka bentuk. Menjelang tahun 1973, kampus cawangan telah ditubuhkan di [[Perlis]], [[Sabah]] dan [[Sarawak]].

Pembangunan ITM terbahagi kepada tiga peringkat. Fasa pertama (1967-1976) melibatkan pengisytiharan institut itu sebagai sebuah badan autonomi dengan kampus 300 hektar sendiri di Shah Alam, dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Fasa kedua (1976-1996) melibatkan ITM dengan pantas memanfaatkan potensinya sebagai institusi pengajian tinggi. PelakuanIa merekatelah membawa kepada lulusnyakelulusan Akta ITM pada tahun 1976 yang meletakkan institut itu terus di bawah Kementerian Pelajaran.
 
=== Penaiktarafan kepada Universiti ===
Pada 22 April 1974, sebuah demonstrasi telah dilakukan oleh ribuan pelajar ITM yang bergerak dari kampus Shah Alam menuju bangunan parlimen bagi menuntut penaiktarafan ITM. Sekumpulan dari pelajar tersebut telah merampas kereta api dan menuju ke [[Kuala Lumpur]]. Demonstrasi ini telah disekat oleh [[Unit Simpanan Persekutuan]] (FRU) sebanyak 1,500 ditangkap di bawah [[ISA]], 300 pelajar dibawa ke hospital dan hanya 300 tiba ke Parlimen. Hasilnya menyebabkan kampus ITM di Shah Alam dan Jalan Othman diambil alih oleh pelajar selama dua minggu sehingga perundingan telah berlaku bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu, [[Abdul Razak Hussein|Tun Abdul Razak Hussein]] di pejabat Perdana Menteri di Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana.<ref>{{cite web |title=Siswa ITM, UiTM: Idealisme, alat politik |url=http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120801/re_02/Siswa-ITM-UiTM-Idealisme-alat-politik |archive-url= https://web.archive.org/web/20120806010256/http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120801/re_02/Siswa-ITM-UiTM-Idealisme-alat-politik |archive-date=6 Ogos 2012 |url-status=dead}}</ref>
 
Fasa ketiga (1996-1999) bermula akibat sebuah pindaan kepada Akta ITM 1976 yang memberikan institusi itu semua kuasa universiti dan setaraf dengan semua universiti, walaupun masih mengekalkan namanya. Antara perubahan penting yang berlaku adalah penciptaan Lembaga Pengarah dan penciptaan Senat. Beberapa pegawai utama ITM telah dilantik semula seperti Pengarah Cawangan yang dinamakan semula sebagai ''Rektor'', Ketua Kampus yang menjadi ''Provost'', dan Pensyarah Kanan ditetapkan semula sebagai Profesor dan Profesor Madya; setiap Sekolah telah direkabentuk semula sebagai Fakulti; ITM diberi kuasa untuk menyampaikan ijazah sehingga peringkat Doktor Falsafah; ITM diberi kuasa unik untuk menubuhkan kursus dan kampus di luar negara dengan pengizinan Menteri Pendidikan; Institut telah dianugerahkan kuasa tambahan untuk membolehkannya menjalankan perniagaan, melabur dalam saham, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan komersial; kuasa disiplin ke atas kakitangan telah dipindahkan dari Menteri kepada Lembaga Pengarah; untuk meningkatkan akauntabiliti kakitangan, Institut telah diberikan kuasa untuk mengenakan surcaj; dan hak prosedur pelajar dalam prosiding tatatertib diperkuatkuasakan.