Farid Kamil: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Kemaskini.
Baris 53:
Farid kemudianya muncul dalam satu-satunya filem lakonannya bagi tahun 2011 ialah ''[[3,2,1 Cinta|3, 2, 1 Cinta]]'' arahan [[Azhari Zain]], bersama [[Diana Amir]] dan [[Pierre Andre]], seterusnya muncul dalam drama ''Wasiat'' di [[Astro Ria]] yang turut dibintangi oleh [[Sara Ali]] dan [[Beto Kusyairy]]. Selain itu, beliau bergandingan bersama [[Intan Ladyana]] dalam telefilem ''Apa Dah Jadi?'' yang disiarkan di [[Astro Prima]].
 
Pada tahun 2012, filem ketiga arahannya, ''[[Pe3]]'' menemui penonton di pawagam, Farid sendiri turut berlakon dalam filem arahannya ini dengan memegang watak utama sebagai Megat, diikuti oleh tiga filem lakonannya — ''[[3 Temujanji]]'' arahan Azhari Zain sebagai penampilan kameo, serta dua filem sebagai pelakon utama — ''[[Lagenda Budak Setan 2: Katerina]]'' arahan Sharad Sharan dan ''[[Hantu Gangster]]'' arahan penyanyi kontroversi, [[Namewee]] yang terkenal menerusi lagu [[Negarakuku]]. Pada tahun berikutnya (2013), beliau membintangi hanya dua filem — ''[[Bencinta (filem)|Bencinta]]'' dan ''[[Dampak (filem)|Dampak]]''.
 
Beliau dilaporkan telah terjatuh ketika sedang menunggang motosikal mini Kawasaki KSR 10 di sebuah litar di [[Subang Jaya]] dan mengalami kecederaan di bahu kiri beliau. Farid telah menjalani satu pembedahan kecil pada Sabtu lalu dan menafikan yang bahunya patah selain keadaannya kini stabil dan dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.<ref>[http://www.rotikaya.com/jalani-pembedahan-selepas-jatuh-motor-farid-kamil-rehat-seminggu/ Jalani Pembedahan Selepas Jatuh Motor, Farid Kamil Rehat Seminggu] ''RotiKaya''. 5 Jun 2013.</ref>