Rosyam Nor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Kemaskini.
Baris 51:
Kembali meneruskan kerjasama bersama [[Bade Hj. Azmi]], Rosyam kembali menjayakan peranannya sebagai Castello dalam filem ''[[Castello]]'' yang ditayangkan pada 9 Januari 2006.<ref name="Star 2004">[http://www.thestar.com.my/news/nation/2004/02/26/rosyam-to-produce-his-first-movie "Rosyam to produce his first movie"], ''[[The Star (Malaysia)|The Star]]'', 26 February 2004, by Zieman</ref><ref name="Sun Daily">[http://www.thesundaily.my/news/907980 "Rosyam Nor answers age-old question"], ''[[The Sun, Malaysia|The Sun Daily]]'', 17 December 2013, by Bissme S.</ref> Filem ini turut dibintangi oleh [[Erra Fazira]] dan [[Liyana Jasmay]] dan menerima tajaan daripada Biskut Julie’s yang turut mengeluarkan produk biskut Julie’s Castello bagi mempromosikan filem ini.<ref name="Utusan">[http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm "Julie's - Selamatkan Castello"], ''[[Utusan Malaysia]]'', 08 May 2005, by Khadijah Ibrahim. (in Malay)</ref>
 
Pada 2006 juga, syarikat penerbitannya, [[Suhan Movies & Trading]] menerbitkan siri drama kepolisan ''[[CID 3278]]'' yang dibintangi oleh [[Faizal Yusof]], [[Along Eyzendy]] dan [[Salina Saibi]] yang memulakan siaran di [[TV9]] pada 5 Ogos 2006 dan diterbitkan sebanyak dua musim dan 52 episod.<ref>{{cite news|url=http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Hiburan/20060809082529/Article/|title=Awas penangan CID 3278|author=Serimah Mohd Sallehuddin|publisher=[[Berita Harian]]|date=9 Ogos 2006|accessdate=18 Julai 2010|url-status=dead}}</ref> Pada tahun berikutnya, beliau meneruskan rentetan kerjasama bersama [[Bade Hj. Azmi]] menerusi drama arahan Bade, ''Dinasti Bilut'' yang dibintangi oleh [[Eja]] dan Rosyam sendiri yang turut berkhidmat sebagai penerbit. Barisan pelakon terdiri daripada [[Sahronizam Noor]], [[Bienda]], Sabrina Hassan, [[Jins Shamsuddin]], [[Jalaluddin Hassan]] dan [[Aida Radzwill]]. Kos pembikinan drama ini melebihi RM1.5 juta, menjadikan ''Dinasti Bilut'' drama paling termahal terbitan Suhan Movies.<ref>{{cite web|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|title=Saya bukan perampas - Rosyam Nor|author=Rosyam Nor|date=3 November 2007|page=|access-date=22 Disember 2011|newspaper=[[Utusan Malaysia]]}}</ref> Ia mengisahkan tentang kisah suka duka Danial, seorang petugas di [[Felda]] dalam merealisasikan impian negara. Danial merupakan cucu kepada seorang peneroka Felda terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang berlaku sama ada di peringkat global mahupun nasional.<ref>{{cite web|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|title=Drama Dinasti Bilut di RTM1 mulai Isnin ini|author=|date=27 Oktober 2007|page=|access-date=22 Disember 2011|newspaper=[[Utusan Malaysia]]}}</ref><ref>"Rosyam ‘didera’ pastikan drama Dinasti Bilut berjaya", ''Berita Harian'', 13 Ogos 2007.</ref>
 
Rosyam memegang watak sebagai Hisyam dalam filem drama aksi ''[[Anak Halal]]'' arahan [[Osman Ali]] lakonan [[Farid Kamil]], [[Maya Karin]] dan [[Fasha Sandha]] yang ditayangkan pada 13 Disember 2007.<ref>Wanda Idris (17 Julai 2006). [http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm Anak Halal papar gejala sosial masyarakat] ''[[Utusan Malaysia]]''. Dicapai pada 18 Mac 2014.</ref> Filem ini mengisahkan tentang seorang penjenayah, Hisyam yang sedang diburu polis atas kesalahan jenayahnya. Dalam kekalutan untuk menyelamatkan diri dan nyawa anaknya.<ref>Siti Azira Abdul Aziz (11 Disember 2007). [http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2007/12/11/HIBURAN/m_Aduh/Watak_antagonis_lebih_menonjol_dalam_Anak_Halal Watak antagonis lebih menonjol dalam "Anak Halal"] ''[[mSTAR Online]]''. Dicapai pada 18 Mac 2014.</ref>