Eredivisie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 2 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
 
Baris 6:
 
== Sejarah ==
Gelaran kelab tersohor Belanda telah diputuskan melalui perlawanan semula oleh segelintir kelab-kelab yang pernah memenangi liga wilayah masing-masing sejak penubuhan kejuaraan bola sepak di negara tersebut sehingga tahun 1954.<ref name="rsssf">{{Cite web|url=http://www.rsssf.com/miscellaneous/region-netherlands.html|title=Netherlands&nbsp;– Regional Analysis|publisher=RSSSF|access-date=12 October 2013}}</ref> Pertandingan ini dilakukan secara amatur semata-mata; Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (''Koninklijke Nederlandse Voetbalbond'', KNVB) menolak apa-apa bentuk pembayaran serta menggantung pemain yang ditangkap menerima gaji atau yuran pemindahan.<ref name="vakq">{{Cite web|url=http://www.vakq.eu/van_q_tot_q/e3s895/item|title=Eredivisie – ontstaan|language=nl|publisher=Vak Q|access-date=13 Oktober 2013|archive-date=2016-03-04|archive-url=https://web.archive.org/web/20160304033700/http://www.vakq.eu/van_q_tot_q/e3s895/item|url-status=dead}}</ref> Dorongan untuk memajukan kemahiran bola sepak profesional pada peringkat negara mula berputik pada awal tahun 1950an setelah banyak anggota pasukan negara Belanda berpindah ke luar negeri untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan.<ref name="timerime">{{Cite web|url=http://www.timerime.com/es/periodos/71504/Professionalism+and+European+Games/|title=Professionalism and European Games|publisher=TimeRime|access-date=12 Oktober 2013|archive-date=2013-10-21|archive-url=https://web.archive.org/web/20131021091404/http://www.timerime.com/es/periodos/71504/Professionalism+and+European+Games/|url-status=dead}}</ref> KNVB biasanya akan menggantung pemain-pemain ini lalu mencegah mereka dari muncul dalam [[Pasukan bola sepak kebangsaan Belanda|pasukan negara]]. Selepas berlakunya [[Banjir Laut Utara 1953|banjir Laut Utara pada tahun 1953]], pemain-pemain Belanda di luar negara (yang terutamanya bermain di [[Ligue 1|liga Perancis]]) menganjurkan suatu perlawanan amal bersama [[Pasukan bola sepak kebangsaan Perancis|pasukan negara Perancis]] di Paris. Perlawanan ini diboikot oleh KNVB, namun kemenangan pasukan Belanda mengalahkan Perancis (2-1) membuka mata orang ramai mengenai kehebatan yang boleh dicapai mereka melalui permainan bola sepak profesional.<ref>{{Cite web|url=http://www.sportgeschiedenis.nl/2006/12/13/de-watersnoodwedstrijd-van-cor-van-der-hart.aspx|language=nl|title=De Watersnoodwedstrijd van Cor van der Hart|publisher=Sportgeschiedenis|archive-url=https://web.archive.org/web/20071021030600/http://www.sportgeschiedenis.nl/2006/12/13/de-watersnoodwedstrijd-van-cor-van-der-hart.aspx|archive-date=21 Oktober 2007|dead-url=yes|access-date=13 Oktober 2013}}</ref> Untuk melayani kepentingan perlawanan sebegini yang semakin meningkat, suatu persatuan pembangkang sepak bola profesional iaitu Persatuan Bola Sepak Profesional Belanda (''Nederlandse Beroeps Voetbal Bond'', NBVB) serta liganya yang tersendiri diasaskan untuk musim 1954-1955.<ref name="rsssf2">{{Cite web|url=http://www.rsssf.com/tablesn/nedamahist.html|title=Netherlands Final Tables 1950–1954|publisher=RSSSF|access-date=12 Oktober 2013}}</ref> Pada 3 Julai 1954, KNVB bertemu dengan sekumpulan pengerusi kelab amatur yang bimbang pemain-pemain terbaik dari kelab-kelab tersebut akan menyertai pasukan profesional. Pertemuan yang digelar ''slaapkamerconferentie'' ('persidangan bilik tidur') membawa kepada penerimaan KNVB terhadap semi-profesionalisme dengan berat hatinya.
 
Sementara itu, kedua-dua KNVB dan NBVB memulakan perlawanan yang berasinga. Perlawanan bola sepak pertama yang dipertandingkan ialah antara [[AZ Alkmaar|Alkmaar]] dan [[VVV-Venlo|Venlo]]. Liga tersebut berterusan selama 11 pusingan sebelum penggabungan kedua-dua persatuan ini melalui rundingan pada bulan November tahun 1954, maka kedua-dua liga yang sedia ada dibatalkan dan segera digantikan oleh suatu perlawanan gabungan yang baru. [[De Graafschap]], Amsterdam, Alkmaar dan [[Fortuna Sittard|Fortuna '54]] dari NBVB diterima masuk ke dalam liga baru ini. Sebahagian kelab-kelab lain bergabung menjadi kelab dengan nama yang baru seperti [[Roda JC Kerkrade|Rapid J.C.]], Holland Sport dan Roda Sport. Liga (semi)profesional pertama ini telah dimenangi oleh Willem II.<ref>{{Cite web|url=http://www.rsssf.com/tablesn/ned55.html|title=Netherlands 1954/55|publisher=RSSSF|access-date=12 Oktober 2013}}</ref> Untuk musim tahun 1956-57, KNVB meninggalkan sistem liga wilayah dengan sistem Eredivisie yang baru diasaskan, di mana 18 buah kelab terbaik di seluruh negara terus bermain untuk kejuaraan liga tanpa sebarang perlawanan semula. Kelab-kelab anggota pertama yang menduduki Eredivisie ini pada tahun 1956 ialah [[AFC Ajax|Ajax]], BVC, [[FC Den Bosch|BVV]], [[VV DOS|DOS]], [[FC Eindhoven|EVV]], [[USV Elinkwijk|Elinkwijk]], [[Sportclub Enschede|SC Enschede]], [[Feyenoord|Feijenoord]], Fortuna '54, [[FC Groningen|GVAV]], [[MVV Maastricht|MVV]], [[NAC Breda|NAC]], [[TSV NOAD|NOAD]], PSV, Rapid J.C., [[Sparta Rotterdam|Sparta]], [[VVV-Venlo|VVV '03]] dan Willem II.<ref name="rsssf57">{{Cite web|url=http://www.rsssf.com/tablesn/ned57.html|title=Netherlands 1956/57|publisher=RSSSF|access-date=12 Oktober 2013}}</ref> Ajax merupakan pasukan pertama untuk meraih gelaran juara liga pada musim itu.